Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

193) HIJRAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan lima jenis perniagaan utama dalam permohonan Hijrah.

    Hijrah Selangor adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Haji Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semenjak tahun 2010. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Ianya merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utamanya, untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri

     

    Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor. Manakala pihak kerajaan Negeri Selangor, bertindak sebagai penganjur program, memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Juta).

     

    Falsafah Program HIJRAH SELANGOR berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. Lebihan pulangan ini, akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH SELANGOR, untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu mahupun kelompok. Dan, pihak pengurusan program bertindak meneroka peluang-peluang perniagaan susulan bagi kepentingan dan manfaat usahawan-usahawan HIJRAH SELANGOR melalui penubuhan Koperasi HIJRAH SELANGOR.

     

    Dalam merangka kaedah pengurusan dan pelaksanaan skim HIJRAH SELANGOR, objektif-objektif berikut dikenalpasti sebagai matlamat program.

    • Menawarkan modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan.

     

    • Menggalakkan budaya menabung di kalangan penjaja dan peniaga kecil.

     

    • Mewujudkan rangkaian usahawan yang

     

    • Sehingga kini, terdapat 7,203 permohonan pinjaman yang telah diluluskan oleh Hijrah Selangor. Berdasarkan kepada permohonan-permohonan ini adalah didapati 5 jenis perniagaan utama yang menjadi pilihan peserta adalah seperti berikut:

     

    • Perniagaan Makanan/Minuman (43%)

     

    • Perniagaan Peruncitan Basah/ Kering (27%)

     

    • Perniagaan Perkhidmatan Kecantikan/ Kesihatan (19%)

     

    • Perniagaan Pakaian (7%)

     

    • Perniagaan Pertanian/ Perikanan (4%)

Lampiran

Tiada Lampiran.