Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

160) HIJRAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan membesarkan lapisan kelas menengah melalui program hijrah yg telah disebut dalam kenyataan Belanjawan 2015 Selangor, terutama wanita?

    Perkembangan terkini membesarkan lapisan kelas menengah terutamanya wanita (mengikut definisi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor, golongan ini adalah mereka yang berpendapatan RM3000 hingga RM8000 sebulan) adalah seperti berikut:

    Program Hijrah Selangor telah membuka ruang yang sangat luas kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan jantina. Oleh yang demikian, golongan wanita tidak terpinggir untuk mendapat manfaat-manfaat daripada program Hijrah Selangor. Antara manfaat-manfaat yang telah dirancang adalah seperti berikut :

    • Simpanan/Tabungan dalamPinjaman
    • JaringanPerniagaan
    • Latihan / KhidmatProfesional
    • Modal TambahanSusulanbernilaitinggi
    • KhairatKematian
    • PenubuhanKoperasiHijrah Selangor (KHS)dan
    • Bazaar Hijrah Selangor

    Sehingga Julai 2015, penyertaan golongan wanita adalah tinggi berbanding lelaki iaitu seramai 5,283 orang (73%) berbanding lelaki 1,920 (27%) daripada keseluruhan peserta Hijrah Selangor iaitu 7,203.

    Jantina Peserta Bilangan Peratus
    Lelaki 1,920 27
    Perempuan 5,283 73
    Jumlah 7,203 100%

Lampiran

Tiada Lampiran.