Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

226) HOMESTAY

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri dilihat memberi tumpuan pelancongan homestay di kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Mengapakah Tourism Selangor Sdn Bhd memberi fokus kepada dua daerah tersebut?

    Pada masa kini terdapat 15 buah homestay yang berlesen yang terletak di 6 buah daerah di Negeri Selangor. Kesemua homestay ini sentiasa menjadi keutamaan kepada Tourism Selangor dalam menjalankan aktiviti promosi dalam dan luar negara. Selain itu Tourism Selangor juga turut menyediakan beberapa pakej menarik khusunya untuk mempromosikan homestay Selangor ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan seterusnya 2015 bagi Tahun Melawat Selangor .

     

    Semua homestay akan dipromosikan secara adil berdasarkan aktiviti dan lokasi sesuatu homestay. Walau bagaimanapun, kehadiran pelancongan ke sesebuah homestay adalah berdasarkan permintaan daripada pelancong itu sendiri yang berminat untuk tinggal di homestay tersebut. Sebagai contoh para pelancong daripada negara Korea, Taiwan, China dan Hong Kong mereka lebih berminat untuk tinggal di homestay di sebelah utara Negeri Selangor iaitu homestay yang terdapat di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor kerana ini tinggal di kawasan sawah padi serta aktiviti-aktiviti yang terdapat di homestay tersebut. Berikut adalah homestay tersebut :

     

    • Homestay Kampong Sungai Lang Tengah – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Kampung Endah – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Kampong Batu Laut – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Kanchong Darat – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Kampong Kundang – Daerah Kuala Langat
    • Homestay Banghuris – Daerah Sepang

     

    • Homestay Bougainvillea , Sungai Kertas – Daerah Gombak
    • Homestay Sungai Tengi -Daerah Hulu Selangor
    • Homestay Sungai Sireh -Daerah Kuala Selangor
    • Homestay Batu 23 Sungai Nibong -Daerah Sabak Bernam
    • Homestay Sepintas -Daerah Sabak Bernam
    • Homestay Air Manis `           -Daerah Sabak Bernam
    • Homestay Papitusulem -Daerah Sabak Bernam
    • Homestay Seri Kayangan -Daerah Sabak Bernam
    • Homestay Sungai Haji Dorani -Daerah Sabak Bernam

     

Lampiran

Tiada Lampiran.