HORAS

8) HORAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek horas

    Data limpahan di River Gate SSP1/Baraj Bestari Jaya menunjukkan penghasilan air di hiliran lembangan Sungai Selangor berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air terawat dan jika tidak digunakan sebagai sumber air, ia akan terbuang ke sungai dan laut serta boleh meningkatkan risiko

    Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan pembangunan penakungan air larian di hiliran sungai melalui konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS). Sistem HORAS ini akan melibatkan penakungan stormwater dari Sungai Selangor di kawasan tailing ponds atau bekas lombong bijih Bestari Jaya (Batang Berjuntai) yang luas berdekatan dengan UNISEL dan loji rawatan air SSP 1, SSP 2 dan SSP 3. Bagi fasa pertama, projek HORAS yang dikenali sebagai HORAS 600 telah diperkenalkan dan dipantau oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

    Komponen utama yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan bagi tujuan melaksanakan projek HORAS600 adalah:-

    1. Pembinaan Kolam Takungan HORAS dengan keluasan 166 hektar hingga mencapai kedalaman 23.5 meter dari paras tanah bagi tujuan penyambungan kepada akuifer bawah tanah bagi mendapatkan kapasiti air sejumlah 600

     

    1. Pembinaan Kolam Penapisan (Filter Ponds) bagi mengalirkan air lebihan/air larian (storm water) dari sungai untuk ditakung dalam Kolam Takungan;

     

    1. Kerja-kerja pelindungan tebing kolam takungan menggunakan geo- textiles;

     

    1. Pembinaan stesen mengepam air mentah

     

    Kerajaan Negeri Selangor telah melantik Tetuan Juruperunding Zaaba Sdn. Berhad (JPZ) sebagai perunding bagi menjalankan kajian reka bentuk dan pemantauan projek bagi kerja pembinaan kolam takungan, kolam penapisan (filter ponds) dan ancillary works manakala Tetuan SMHB Sdn. Bhd. telah dipertanggungjawab untuk mereka bentuk dan memantau komponen bagi kerja-kerja pembinaan stesen mengepam air mentah.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melantik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi tujuan pembinaan Kolam Takungan. Kerajaan Negeri Selangor tidak membayar KSSB bagi kerja- kerja pengorekan yang dibuat sebaliknya nilai kerja tersebut di kontra dengan jumlah pasir yang akan dijual oleh KSSB. Kerja-kerja pengorekan oleh KSSB telah bermula semenjak 15 Mac 2014 dan dijangka akan siap pada 30 September 2015.

    Bagi memudahkan pemantauan dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri, projek HORAS600 ini telah dibahagikan kepada tiga (3) fasa seperti berikut dan ianya dilaksanakan secara berperingkat:

    Fasa Tajuk Catatan
     

     

    1

    Cadangan Kerja-Kerja Mengorek Dan Menyiapkan Takungan Melalui Konsep Penakungan Air Larian Di Hiliran Sungai Melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Sg Darah, Bestari

    Jaya

     

    Dilaksanakan    oleh KSSB

     

     

     

    2

    Pakej 1 – Cadangan membina dan menyiapkan kerja- kerja pengukuhan tebing sungai dan tebing kolam takungan melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation

    Storage (HORAS) Di Kg Sg Darah, Bestari Jaya

     

    Akan ditender

    Pakej 2 – Pembinaan Stesen Pam Air Mentah Kajian reka bentuk dan pemantauan oleh SMHB Sdn.

    Bhd.

     

     

     

    3

    Pakej 1 – Cadangan Kerja-Kerja Mengorek Dan Menyiapkan Takungan Melalui Konsep Penakungan Air Larian Di Hiliran Sungai Melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Hang Tuah,

    Mukim Bestari Jaya

     

    Dilaksanakan    oleh KSSB

    Pakej 2 – Cadangan Membina Dan Menyiapkan Muka Sauk, Pembentong Sambungan Dan Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Projek Hybrid Off River Augmentation

    Storage (HORAS) Di Kg Hang Tuah, Mukim Bestari Jaya

     

    Akan ditender

    Sehingga 25 September 2014, dilaporkan kemajuan di tapak telah mencapai 19.88% berbanding jadual sebanyak 22.83%. Setakat ini, kerja-kerja pengorekan yang dijalankan oleh KSSB tertumpu kepada kawasan bagi Fasa 1 sahaja. Bagi Fasa 2 dan 3, kerja-kerja masih belum dilaksanakan kerana terlibat dalam proses pengambilan tanah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.