Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

93) HOSPITAL AWAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah Petaling Jaya boleh mendapat sebuah hospital awam, yang kini penduduk sekitar terpaksa pergi ke hospital swasta atau separa kerajaan dan terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi? Bagaimana kerajaan boleh bantu atasi masalah ini?

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil maklum berhubung keperluan yang dinyatakan oleh penduduk setempat dan akan mengangkatkan isu ini ke peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. Faktor lokasi dan tapak bagi pembinaan hospital di kawasan Petaling Jaya dan di Daerah Petaling adalah begitu terhad dan JKNS bercadang untuk membina lebih banyak klinik- klinik kesihatan jenis 2 atau 3 untuk memberi perkhidmatan yang sewajarnya untuk Daerah Petaling. Dalam masa yang sama, Daerah Petaling mempunyai Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Shah Alam (HSA) yang bakal beroperasi pada tahun 2014 yang mampu menyediakan perkhidmatan sekunder.

Lampiran

Tiada Lampiran.