Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

99) HOSPITAL BANTING

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah banyak peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya untuk pembinaan semula dan naiktaraf Hospital Banting?

     

    Peruntukan yang telah diluluskan bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM359,625.40 bagi menaiktaraf Bilik Endoscopy di Dewan Bedah dan penggantian bumbung  di Jabatan Anaesthesiologi dan Unit Rawatan Rapi serta Kuarters di Hospital Banting. Manakala bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM50,000.00 telah diluluskan merangkumi kerja pembaikan dan penggantian paip jenis ABS ke Pex Pipe bagi Sistem Reverse Osmosis Unit Hemodialisis dan kerja ubahsuai ruangan bagi Mikrobiologi, Jabatan Patologi. Hospital Banting juga sedang dalam pembinaan Dewan Bedah dan CSSD dengan kos projek berjumlah RM28juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.