Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

263) HOSPITAL DI IJOK / BATANG BERJUNTAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ada keperluan untuk sebuah hospital besar di kawasan Parlimen Kuala Selangor di pusatkan di kawasan Ijok / Batang Berjuntai. Hospital yang terdekat adalah di Tanjong Karang, Klang atau Sungai Buloh

    Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merancang untuk mendirikan sebuah hospital di Kuala Selangor di atas tapak seluas 40 ekar di Lot 2, CT 12922, Mukim Ujong Permatang, Daerah Kuala Selangor. Walau bagaimanapun, berikutan masalah kekurangan peruntukan projek ini telah di tangguhkan. Namun begitu projek ini telah di senarai semula untuk dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Lampiran

Tiada Lampiran.