Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

146) HOSPITAL KLANG / PERUBATAN (HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH Ð HTAR)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah hospital-hospital, klinik-klinik dan bidan-bidan yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan di dalam Negeri Selangor ini?

    Jumlah fasiliti kesihatan yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan di dalam Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     Jumlah hospital (kerajaan)    : 10 buah hospital dan 1 buah institusi khas bagi  bekas pesakit kusta

     

    Jumlah Klinik Kesihatan         : 55 buah

     

    Jumlah Klinik Ibu dan Anak    : 5 buah

     

    Jumlah Klinik Desa                 : 131 buah

     

    Bilangan bidan-bidan yang berdaftar pula adalah seramai 45 orang.

    Jumlah Hospital Swasta             :       80 buah

     

    Jumlah Klinik Swasta                 :       2,022 buah

     

Lampiran

Tiada Lampiran.