Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

10) HOSPITAL TANJONG KARANG

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon jelaskan status terkini pembinaan Hospital Tanjong Karang.

    Sehingga 30 September 2020, status terkini projek pembinaan Hospital Tanjung Karang yang baru terletak di antara 6.5 km dari Bandar Tanjung Karang dan 7.5 km dari Bandar Kuala Selangor. Luas kawasan projek projek ini adalah 68.7 meter persegi yang merangkumi 3 bangunan utama iaitu seperti berikut:-

    Blok hospital – 33,892.00meter persegi; dan
    Kuarters kakitangan – 3,328.16 meter persegi;
    Asrama – 1,962.15 meter persegi .

    Projek ini juga melibatkan pembinaan blok balai pelawat, M&E plant room, dapur, elevated water tank, suction tank dan pump house). Projek ini telah mencapai kemajuan sebanyak 74.47% dan dijangka siap pada 18 Mac 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.