Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

88) HOTEL BAJET

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan gejala sosial dapat dicegah di hotel-hotel bajet ini?

    Di antara langkah – langkah pencegahan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan gejala sosial dicegah di hotel – hotel bajet adalah seperti berikut:

     

    Mewujudkan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor yang merupakan satu program khas yang dirangka untuk mencegah dan menangani masalah gejala sosial secara menyeluruh dah

     

    Perlaksanaan Kempen Anti Zina yang merangkumi aspek pencegahan, pencelahan pendidikan dan penguatkuasaan. Antara aktiviti yang dilakukan seperti mengedarkan risalah mengenai kesan jika terjebak dengan gejala sosial dan langkah-langkah untuk mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial .

     

    Program Ekspedisi Dakwah yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, RELA, Jabatan Agama Islam dan Ahli Jawatankuasa Masjid serta 20 Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) bagi membanteras gejala sosial yang sering berlaku di hotel-hotel ketika sambutan sesuatu perayaan.

     

    Program – program menangani gejala sosial seperti seminar pengurusan cinta, sembang santai bersama mat rempit bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk mengetahui akibat ataupun kesan jika gejala sosial berleluasa. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat lah penting bagi menangani masalah gejala sosial ini dalam

     

    menjadikan Negeri Selangor sebagai Negeri Maju, Sejahtera dan berkebajikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.