Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

194) HOTEL BAJET TAWAR KHIDMAT SEKS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri kepada pemilik hotel bajet yang menawarkan khidmat seks dan urut khasnya di Jalan Pasar Baru, Semenyih?

    Daripada tindakan pemantauan yang dibuat pihak Polis Kontinjen Selangor terdapat (9) buah Hotel Bajet dan (2) buah Pusat Reflexology di Jalan Pasar Baru, Semenyih, Kajang. Pemeriksaan yang dijalankan terhadap kesemua premis ini didapati beroperasi secara sah dan mempunyai lesen

    Pada tahun 2013 sejumlah (111) serbuan / pemeriksaan telah dilakukan di Jalan Pasar Baru, Semenyih, Kajang. Dalam serbuan tersebut terdapat (4) kes premis yang menawarkan perkhidmatan seks dimana seramai (15) tangkapan warganegara asing telah dilakukan. Walaubagaimanapun hanya (2) kes yang dituduh di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan. Hukuman denda sebanyak RM3,000/- terhadap penjaga premis. (2) kes telah di (NFA) atau tiada tindakan lanjut kerana kekurangan bukti untuk tujuan pendakwaan, manakala (15) pekerja warganegara asing telah diusir ke Negara asal.

    Bagi tempoh 01 Jan – 12 Nov 2014 sebanyak (23) serbuan / pemeriksaan telah dilakukan terhadap Hotel Bajet dan Pusat Reflexology bagi tujuan membanteras kegiatan pelacuran. Dalam serbuan / pemeriksaan terdapat hanya (1) kes yang melibatkan penawaran khidmat seks. Di dalam kes ini, tangkapan adalah melibatkan (1) (L) India tempatan dan telah dituduh dibawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Menggaji Pekerja Asing Tanpa Permit). Tangkapan juga melibatkan (2) (P) warganegara India dan (2) (L) warganegara Nepal dan telah dituduh dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Kes masih dalam perbicaraan.

    STATISTIK PENDAKWAAN OPS. NODA

    (BAGI TEMPOH TAHUN 2013 DAN JANUARI – 12 NOVEMBER 2014) KAWASAN SEMENYIH, KAJANG

     

     

    PERKARA 2013 01 JAN – 12 NOV
    2014
    JUMLAH SERBUAN 111 23
    SERBUAN BERJAYA 4 1
    TANGKAPAN PENJAGA 4 1
    TANGKAPAN LELAKI WARGA ASING 0 2
    TANGKAPAN WANITA WARGA ASING 15 2
    PERTUDUHAN 2 1
    NFA 2 0

Lampiran

Tiada Lampiran.