Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

33) HOTSPOT JENAYAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menetapkan sesebuah kawasan itu hotspot jenayah dan senaraikan kawasan-kawasan yang dikenalpastikan sebagai kawasan hotspot jenayah di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

    Untuk makluman Negeri Selangor mencatatkan indeks tertinggi dan berada di tangga teratas berbanding dengan negeri lain. Jenayah indeks yang menyumbang kadar jenayah di Selangor adalah kes pecah rumah dan curi, curi motosikal, samun berkawan tanpa senjata/ragut.

    Statistik Jenayah Indeks diukur melalui pengiraan jumlah pendudk Selangor Per 100,000. Jenayah Indeks Negeri Selangor bagi tahun 2018 (Oktober) menunjukkan penurunan sebanyak -22% (Jenayah kekerasan dan hartabenda) Selangor bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti dilampirkan.

    Penetapan kawasan Hot Spot adalah berdasarkan kekerapan kejadian Jenayah Indeks berlaku di kawasan daerah berkenaan. Kawasan Hot Spot di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.