Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

239) HUB INDUSTRI AGRIPOLITAN SABAK ( HIAS )

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah segera yang diambil Kerajaan Negeri untuk memastikan program Hub Agripolitan Sabak ( HIAS ) dapat direalisasikan menjelang tahun 2025?

     

    a) Kerajaan Negeri berusaha menarik pelabur untuk menjalankan aktiviti berkaitan pertanian berprofil tinggi dan pusat R&D untuk meningkatkan hasil pertanian. Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk prmbangunan ekonomi daerah Sabak Bernam sejajar dengan fokus kerajaan Negeri mengekalkan daerah Sabak Bernam sebagai daerah pertanian.

     

      Langkah segera bagi merealisasikan Hub Agropolitan Sabak (HIAS) menjelang tahun 2025, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan dan Industrial Park Management Committee (IPMC) yang akan bersidang sebanyak 4 kali dalam tempoh setahun. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menarik pelabur – pelabur yang berminat untuk melabur di kawasan Sabak Bernam disamping mempromosikan pelaburan di Daerah Sabak Bernam. Selain itu, Jawatankuasa ini berfungsi untuk memantau dan menyelaras penyelenggaraan infrastruktur di kawasan perindustrian sedia ada dan kawasan yang telah dirancang untuk pembangunan perindustrian.

Lampiran

Tiada Lampiran.