Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

120) HUBUNGAN KERAJAAN NEGERI DAN BADAN BUKAN KERAJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah bertindak baik mengadakan hubungan dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan ( NGO) membentuk jawatankuasa konsultasi yang dapat menasihati Kerajaan Negeri dalam pembentukan pelbagai polisi dan enakmen Negeri. Sehingga kini berapa Badan Bukan Kerajaan ( NGO) yang terlibat mengadakan konsultasi dengan pihak Kerajaan Negeri dan berapa jawatankuasa bertindak yang telah dibentuk bersama mereka?

    Dari semakan rekod Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), pihak-pihak
    berkenaan telah dijemput ke sesi taklimat MTES:-
    i) The Kuala Lumpur & Selangor Furniture Entrepreneur Association
    (KLSFEA) – Persatuan Pengusaha Perabot Kuala Lumpur & Selangor
    pada 22 Oktober 2009.
    – Cadangan pembangunan Selangor International Funiture City
    ii) NASMEC (National SME Council) – Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana
    Kebangsaan
    Sesi penerangan berkenaan Plants For 2010 Nestle-Nasmec-HDS’s Product
    and services pada 14 Januari 2010 dan Kerajaan Negeri bersetuju supaya:-
    (a) NASMEC mengadakan seminar dan perjumpaan dengan usahawan
    kecil dan sederhana (menggunakan SACC Convec);
    (b) Perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha yang mempromosikan
    produk low emission; dan
    (c) Ahli EXCO dan NASMEC mengatur perbincangan dengan pengusahapengusaha perabot di Sungai Buloh bagi penempatan baru, meneliti
    industri kasut di Seri Kembangan dan kawasan perindustrian Telok
    Gong.
    iii) Persatuan Penjaja-penjaja Melayu Pasar Besar Klang
    – Menangani aduan berhubung peniaga-peniaga bangunan PKNS yang
    memulakan perniagaan seawal jam 2.00 pagi pada 25 Mac 2010 dan
    pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) diminta mengambil tindakan
    sewajarnya bersesuaian dengan situasi semasa di tapak.

    Walau bagaimanapun, tiada jawatankuasa bertindak yang telah dibentuk bersama
    mereka. Namun terdapat beberapa agensi kerajaan yang telah diminta untuk
    mengadakan perbincangan dan perundingan dengan pihak NGO ini seperti PTG
    Selangor, Majlis Perbandaran Klang (MPK), SSIC Berhad dan Ahli EXCO Kerajaan
    Negeri yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.