Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

246) HUFFAZ AL-QURAN SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah serta kategori atau kelas (jika ada) di kalangan para huffaz AlQuran di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui JAIS telah mengadakan program Isbath Hafazan bagi memberi galakan untuk memelihara hafazan Al Quran di kalangan umat Islam. Sebanyak 3 kategori yang ditawarkan iaitu kategori 1 hingga 10 juzuk, 1 hingga 20 juzuk dan 1 hingga 30 juzuk. Pemilihan peserta dilaksanakan melalui proses temuduga. Sehingga tahun 2015, seramai 289 orang peserta telah berjaya ditemuduga.

Lampiran

Tiada Lampiran.