Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

107) HUKUMAN KEPADA PESALAH MEMBUANG SAMPAH HARAM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain dari denda berbentuk kompaun, adakah Kerajaan bersedia untuk mengenakan denda khidmat komuniti membersihkan kawasan sekitar kepada pesalah membuang sampah haram?

    Kerajaan Negeri melalui PBT tidak pernah mengenakan denda khidmat komuniti membersihkan kawasan sekitar kepada pesalah bagi kesalahan membuang sampah haram kerana tiada peruntukan undang-undang berkaitan hukuman tersebut selain Penalti Am di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap Tahun 2007. Undang-Undang sedia ada ini hanya memperuntukkan denda dan penjara sebagai hukuman serta kuasa mengkompaun kepada PBT. Sekiranya terdapat keperluan untuk menjalankan denda khidmat komuniti ini, UUK sedia ada perlu dipinda termasuklah Akta 171 yang mana merupakan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.