Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

51) HUTAN DAN HIDUPAN LIAR KHAZANAH SEMULA JADI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-Iangkah yang telah diambil Kerajaan Selangor dalam pemuliharaan ekosistem hutan dan hidupan liar dalam tempoh masa 2000-2007?

    Jabatan Perhutanan dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 30% kawasan tanah negeri sebagai Hutan Simpanan Kekal mengikut kehendak Agenda 21 Kerajaan Negeri Selangor. Sehingga tahun 2007, keluasan Hutan Simpanan Kekal Negeri adalah seluas 241,568.3 ha dan 68 % daripada jumlah tersebut iaitu 164,277.95 ha telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan mengikut Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984. Kelas-kelas Hutan Perlindungan yang telah diwujudkan adalah seperti:-

    a. Hutan Tadahan Air
    b. Hutan Lipur
    c. Taman Negeri
    d. Hutan PerlindunganTanah
    e. Hutan Kawalan Banjir
    f. Hutan PerlindunganHidupan Liar
    g. Hutan Simpanan Hutan Dara
    h. Hutan Pelajaran

    Fungsi Hutan Perlidungan adalah untuk memastikan kestabilan sumber bekalan air, kesuburan tanah, kualiti alam sekitar, pemeliharaan kepelbagaian biologi dan mengurangkan kerosakan akibat banjir dan hakisan kepada sungai dan tanah pertanian. Hutan perlindungan sebahagian besarnya telah diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor atau Taman Warisan seluas 91,144 ha. Pewartaan kawasan Hutan Perlindungan ini juga mengambil kira pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem Hutan Darat, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Laut. Di antara projek pemuliharaan yang telah dibuat oleh Jabatan adalah seperti berikut:

    i. Tanaman Menggaya kawasan hutan miskin.
    ii. Tanaman kawasan hutanterosot (degradedforest)
    iii. Tanaman pokok pesisiran pantai
    iv. Tanaman pokok herba dan ladang Hutan
    v. Menjalankan aktiviti pengusahasilan hutan mengikut ketetapan Malaysian
    Criteria & Indicators (MC&I)

Lampiran

Tiada Lampiran.