Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

210) HUTAN LIPUR DAERAH HULU LANGAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan peruntukan kerajaan Selangor dalam membangunkan kawasan Hutan Lipur di Daerah Hulu Langat sebagai pusat eko-pelancongan?

    Perancangan dalam membangunkan Kawasan Hutan Lipur di Daerah Hulu Langat adalah dengan merangka aktiviti seperti perkelahan, perkhemahan, merentas denai hutan, mendaki gunung, pendidikan alam sekitar/perhutanan, mountain biking, forest and river exploring. Kemudahan dan perkhidmatan/aktiviti akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.  Jabatan juga akan bekerjasama dengan Tourism Selangor (TSSB) serta Badan-badan Bukan Kerajaan seperti Kembara Malaysia dan TrEES untuk tujuan membangun dan mempromosi produk tersebut sebagai eko-pelancongan.  Peruntukan bagi RMK-9 untuk Daerah Hulu Langat adalah RM1,560,000.00 bagi tahun 2009 telah diluluskan sebanyak RM220,000.00 dan bagi tahun 2010 telah pohon sebanyak RM310,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.