Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

83) HUTAN SIMPAN BUKIT LAGONG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa perkembangan terkini tentang isu penyahwartaan sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Lagong kepada PKNS dan satu lagi syarikat swasta untuk projek perumahaan?

    Sehingga kini, proses penyahwartaan sebahagian kawasan HSK Bukit Lagong (Kompartmen 19) seluas ±28.3ha @±70 ekar bagi tujuan pembangunan oleh PKNS dan Spanland Sdn. Bhd. telah berada di peringkat akhir pelaksanaannya. Beberapa siri perbincangan telah dilaksanakan bagi memuktamadkan penggantian tanah yang dinyahwarta sebagai HSK di mana pihak pemohon akan menggantikan seluas ±31.23ha @ ±77.18 ekar di lot PT 37790, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat. Kawasan cadangan penggantian ini adalah merupakan tanah milik PKNS yang masih berhutan dan adalah bersebelahan dengan Hutan Simpan Sungai Lalang. Keluasan yang digantikan juga adalah lebih besar dari keluasan HSK Bukit Lagong yang dimansuhkan tersebut. Melalui beberapa kali mesyuarat jawatankuasa teknikal yang diadakan pada tahun 2019 dan sehingga kini, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Awam telah diputuskan untuk diadakan pada masa yang terdekat ini bagi memuktamadkan syor-syor kepada MMKN berdasarkan kepada analisa bantahan yang telah diterima.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.