Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

285) Hutan Simpan Kekal (HSK) Kuala Langat Utara

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri Selangor akan meneruskan penyahwartaan hutan simpan kekal Kuala Langat Utara?

    Mengikut Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor), terdapat 11 proses yang perlu dilalui dalam proses penyahwartaan keluar HSK. Dalam kes Hutan Simpan Kuala Langat Utara, proses penyahwartaan masih diperingkat Laporan Penyiasatan Awam. Justeru itu, tiada sebarang keputusan dibuat berkaitan penyahwartaan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.