Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

191) HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri akan meneruskan pemansuhan status hutan simpan kekal tersebut?

    Merujuk kepada Kaedah-kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014, proses penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih berada di peringkat awal di mana bantahan-bantahan awam secara bertulis sedang diterima oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor selama tempoh 30 hari bermula 05 Februari 2020 yang lalu. Seterusnya, satu sesi pendengaran awam (Town Hall Session) akan diadakan bagi tujuan mendapatkan bantahan secara lisan mengenai cadangan penyahwartaan HSK tersebut.

    Sepanjang proses penyahwartaan ini, segala bantahan yang dikemukakan akan diteliti dan diperhalusi oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna sebelum diangkat kepada Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

    Berdasarkan kepada analisa bantahan ini, beberapa justifikasi boleh diperolehi untuk menjadi asas pertimbangan dan seterusnya memberi opsyen-opsyen yang wajar samada penyahwartaan HSK boleh diteruskan atau sebaliknya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.