Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

135) HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan perkembangan terkini berkenaan dengan masa depan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara pada masa sekarang?

    Berdasarkan kepada keputusan Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke-30/2019 bertarikh 16 Oktober 2019, seluas ±931.17ha @ ±2,300 ekar kawasan HSK Kuala Langat Utara ini telah diluluskan untuk pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965. Merujuk kepada keputusan ini, kawasan HSK Kuala Langat Utara yang terlibat perlu melalui proses penyahwartaan HSK terlebih dahulu dengan melalui Kaedah Penyiasatan Awam.

    Merujuk kepada Kaedah-kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014, proses penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih berada di peringkat awal di mana bantahan-bantahan awam secara bertulis yang telah diterima oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor selama tempoh 30 hari bermula 05 Februari 2020 telah dianalisis pada 12 – 13 Mac 2020. Seterusnya, satu sesi pendengaran awam (Town Hall Session) akan diadakan bagi tujuan mendapatkan bantahan secara lisan mengenai cadangan penyahwartaan hutan simpan tersebut.

    Sepanjang proses penyahwartaan ini, segala bantahan akan diteliti dan diperhalusi oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna terlebih dahulu. Seterusnya, satu Kertas Kerja akan diangkat untuk kelulusan Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.