Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

9) HUTANG CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah tiada tindakan diambil terhadap tuan punya tanah yang tidak membayar cukai tanah dan cukai pintu selama bertahun-tahun berterusan (contoh No. Hak milik 0158578, No. Lot 0042484, Daerah Petaling, Mukim Damansara)?

    Buat masa ini tiada sebarang rekod yang ada dalam simpanan Jabatan Penilaian dan
    juga Jabatan Hasil berkenaan dengan cukai taksiran No. Hakmilik 0158578, No. Lot
    0042484, Daerah Petaling, Mukim Damansara. Walau bagaimanapun, carian sedang
    dibuat di Pejabat Tanah Daerah Petaling.

     

    Hakmilik HSD 0158578 Lot 0042484 adalah merupakan pemilikan Tetuan Syarikat
    Univer Corporation Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan berunsurkan pelaburan
    hartanah. Lot yang terletak di USJ 1 Subang Jaya adalah merupakan cadangan
    pembinaan pusat perniagaan Subang Twins Tower. Cukai semasa yang dikenakan
    berjumlah RM 45,485.00 dan tunggakan RM514,801.8 masih gagal dijelaskan oleh
    pemilik tanah semenjak tahun 1997.
    Satu rundingan penyelesaian telah dilaksanakan beberapa kali bersama Pentadbir
    Tanah dan pihak bertanggungjawab bersetuju untuk menyelesaikan tunggakan secara
    ansuran mulai bulan Ogos 2008. Walaubagaimanapun disebabkan masalah kewangan
    yang kronik dan status kewangan yang defisit, syarikat yang bertanggungjawab masih
    gagal menjelaskan cukai tanah yang tertunggak.
    Notis 6A telah dikeluarkan pada tarikh 24 Julai 2008 bagi tujuan proses perampasan
    tanah dan tempoh 3 bulan diberikan untuk pihak bertanggungjawab menyelesaikan
    jumlah tunggakan dan sekiranya gagal, tanah tersebut boleh dirampas melalui tindakan
    pemberitahuan dalam Warta Negeri Notis 8A (Perampasan).

Lampiran

Tiada Lampiran.