Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

267) HUTANG GLC KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah hutang setiap GLC kepada kerajaan negeri pada hari ini?

    Baki hutang setiap GLC kepada Kerajaan Negeri pada 29 Februari 2020 adalah dicatatkan sebanyak RM1,209,444,643.19. Jumlah ini adalah penurunan sebanyak 6.6% berbanding baki hutang pada 31 Disember 2018 yang berjumlah RM1,294,927,616.86.

     

    Penurunan ini adalah disebabkan oleh pembayaran balik pinjaman oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang berjumlah RM150 juta pada tahun 2019. Pihak KDEB akan terus membuat bayaran balik pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM120 juta seperti mana jadual bayaran balik pinjaman yang telah ditetapkan.

     

    Perincian kepada maklumat hutang setiap GLC kepada Kerajaan Negeri seperti pada 29 Februari 2020 adalah seperti di Lampiran.

     

    Untuk makluman YB, pemberian hutang kepada GLC adalah bertujuan untuk menyokong pembangunan dan pelaksanaan agenda Negeri Selangor antaranya meliputi bidang pendidikan, penambahbaikan perkhidmatan bekalan air, pemuliharaan sungai dan pembangunan usahawan.

Lampiran

Tiada Lampiran.