Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

92) HUTANG KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan hutang kewangan oleh KNS sama ada kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak. Sila senaraikan semenjak 2008 - kini.

    a) dan b)

    Jumlah terkini hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM1,126.39 juta. Sejumlah 96.30% daripadanya merupakan pinjaman bagi Projek Bekalan Air.

    Selain daripada Projek Bekalan Air, pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:

    • Skim Amanah Saham Selangor iaitu 2.52%; dan
    • Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor iaitu 18%.

    Senarai hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan semenjak tahun 2008 sehingga kini adalah seperti berikut:

    Jadual 1 : Senarai hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan dari tahun 2008 sehingga 2017

     

    Tahun

    Jumlah hutang (RM)
    2008 1,072.98
    2009 1,063.55
    2010 1,004.65
    2011 979.64
    2012 897.03

     

     

    Tahun

    Jumlah hutang (RM)
    2013 882.62
    2014 957.20
    2015 1,028.36
    2016 1,095.06
    2017 1,120.91

Lampiran

Tiada Lampiran.