Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

172) HUTANG KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci jumlah hutang Kerajaan Negeri sehingga kini.

    Jumlah terkini hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM1,126.39 juta. Sejumlah 96.30% daripadanya merupakan pinjaman bagi Projek Bekalan

    Selain daripada Projek Bekalan Air, pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:

    • Skim Amanah Saham Selangor iaitu 2.52%; dan
    • Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor iaitu 18%.

Lampiran

Tiada Lampiran.