Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

134) HUTANG KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah banyak hutang Kerajaan Selangor terhadap Persekutuan sekarang?

    Jumlah terkini hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Ogos 2018 adalah berjumlah RM1,113.32 juta. Sejumlah 96.85% daripadanya merupakan pinjaman bagi Projek Bekalan Air.

    Selain daripada Projek Bekalan Air, pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:

    • Skim Amanah Saham Selangor iaitu 1.02%; dan
    • Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor iaitu 13%.

Lampiran

Tiada Lampiran.