Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

297) HUTANG KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembayaran pinjaman Kerajaan Negeri sebanyak RM413.2 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk mengambil alih Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB)?

    Pinjaman Kerajaan Negeri kepada KDEB bagi pengambilalihan KHSB adalah sebanyak RM413.20 juta. Pinjaman tersebut dikenakan caj pembiayaan sebanyak 4 % setahun yang berjumlah RM 16.528 juta. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pinjaman ialah RM 429.728

     

    MMKN ke 45/2014 bertarikh 19 November 2014, melalui kertas MTES No. 6/35/2014 telah meluluskan penangguhan bayaran balik keseluruhan pinjaman tersebut selama setahun. Tarikh anuiti bayaran balik pinjaman yang baharu ialah pada 28 November 2015. KDEB telah membuat bayaran balik sebahagian berjumlah RM 5 juta. Baki pinjaman keseluruhan adalah berjumlah RM 424.728 juta.

    Berikut adalah perkembangan yang berkaitan berhubung proses pengambilalihan 100% saham KHSB oleh KDEB:-

     

    TARIKH PERKARA (EVENTS)
    17 Disember

    2013

    KHSB secara rasmi telah dikeluarkan daripada senarai Bursa Malaysia.
    8 Mac 2014 a.  Tawaran pengambilalihan mandatori saham biasa KHSB telah berakhir pada 8 Mac 2014 di mana KDEB hanya berjaya memegang sebanyak 94.8% ekuiti saham di dalam KHSB.

     

    b.  Walaubagaimanapun,      masih       terdapat       sebanyak

     

    23,419,740 atau 5.2% saham biasa KHSB dimiliki oleh 3,111 pemegang-pemegang saham minoriti dengan pemegang saham minoriti terbesar iaitu Senrigan Capital yang memegang 17,880,660 atau 3.97% saham biasa KHSB.

     

    c.    Cadangan asal pembayaran balik pinjaman adalah melalui terbitan Redeemable Non Convertible RULS sehingga berjumlah RM500 juta pada bulan Oktober 2014 selepas pengambilalihan 100% kepentingan ekuiti di dalam KHSB.

     

    d.    KDEB telah mengenalpasti beberapa pelabur yang berpotensi                           untuk                                              melanggan RULS. Walaubagaimanapun, berikutan keengganan pemegang saham minoriti terbesar KHSB iaitu Senrigan Capital untuk menjual saham mereka kepada KDEB, KDEB tidak berjaya memiliki 100% di dalam KHSB. Oleh yang demikian, cadangan terbitan RULS tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga pengambialihan saham minoriti selesai memandangkan kelulusan dari pemegang saham minoriti adalah diperlukan bagi setiap transaksi pihak berkaitan.

     

    e.    Bagi menjayakan pengambilalihan 100% kepentingan ekuiti KHSB oleh KDEB, KHSB akan melaksanakan Pengurangan Modal Terpilih dan Pelaksanaan Pembayaran (“Selective Capital Reduction and Repayment Exercise atau SCR”)

    18 Mac 2015 Beberapa siri rundingan telah dijalankan di antara KDEB dan Senrigan Capital dari bulan Mac sehingga October 2014 memandangkan pelaksanaan cadangan Pengurangan Modal Terpilih dan Pelaksanaan Pembayaran memerlukan sokongan daripada pemegang saham minoriti terbesar KHSB. Senrigan Capital secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan ini. KDEB telah berjaya mengambilalih 8 juta saham KHSB daripada Senrigan pada 18 Mac 2015
    16 Oktober 2015 KDEB telah menjalankan proses  mendapatkan kelulusan

    pihak Suruhanjaya Sekuriti, pihak bank dan pemiutang

     

    utama KHSB dan akhirnya pemegang-pemegang minoriti KHSB untuk melaksanakan SCR tersebut. Pada 16 Oktober 2015, KHSB melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) telah mendapat kelulusan daripada pemegang saham minority untuk SCR.

     

    Proses akhir ialah mendapatkan kelulusan Mahkamah Tinggi KL untuk SCR tersebut di mana ia dijangka akan diperoleh pada Disember 2015.

     

     

    Oleh yang demikian, setelah mengambil kira bahawa kelulusan Mahkamah Tinggi KL adalah diperlukan untuk Selective Capital Reduction (SCR) dalam memastikan KDEB dapat memiliki 100% saham KHSB, di mana kelulusan ini dijangka akan diperoleh pada Disember 2015, maka MMKN Ke 34 / 2015 yang bersidang pada 28 Oktober 2015 telah menimbang dan meluluskan pelanjutan tempoh bayaran balik pinjaman KDEB tersebut selama tempoh (1) tahun iaitu daripada 28 November 2015 kepada 28 November 2016. Tempoh pelanjutan ini adalah bagi membolehkan KDEB merancang pembayaran balik pinjaman setelah KHSB menjadi milikan penuh (100%) KDEB.

Lampiran

Tiada Lampiran.