Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

52) HUTANG TALAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi, kaedah dan perkembangan terkini proses tersebut?

    Kutipan talam disusun mengikut aliran kronologi di bawah:

    Tahun  
    3/11/2009

    6/11/2009

    12/03/2010

    09/04/2010

    2010 – 2013

    Pengesahan hutang TALAM kepada 3 anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor (KNS) melalui PNSB, KHSB, UNISEL sebanyak 392 juta. Melalui ‘’Assignment of Debt Agreement’’ hutang TALAM dipindahkan kepada KNS.

    ‘’Receivables Purchase Agreement’’ ditandatangan diantara

    KNS, SIC dan MBI untuk pembelian hutang TALAM

    Global Settlement Agreement (GSA) dimeterai oleh MBI bersama TALAM bagi persetujuan kutipan hutang melalui jualan aset, kutipan tunai dan bayaran.

    Supplemental GSA dibuat untuk menambah kekurangan aset TALAM.

    Jualan terhadap hartanah TALAM telah dimulakan dan dimeterai perjanjian. Sebahagian tanah dijual kepada anak syarikat milik KNS dan sebahagiannya dijual kepada syarikat yang berkelayakan.

    Perkembangan terkini GSA, MBI hampir memuktamadkan penjualan 2 plot terakhir.

Lampiran

Tiada Lampiran.