Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

96) HYBRID OF RIVER AUGMENTATION SYSTEM (HORAS)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini HORAS?

    Status Pelaksanaan Projek HORAS

     

    Pembangunan HORAS ini akan dilaksanakan mengikut 2 fasa pembangunan seperti berikut:-

     

    1. Fasa Pertama –          HORAS 600
    2. Fasa Kedua –           HORAS 3000

     

    1. HORAS 600

     

    HORAS 600 akan dibangunkan di kawasan bekas lombong di Kg Sungai Darah, Bestari Jaya, Daerah Kuala Selangor membekal dan menyalurkan air mentah tambahan sebanyak 300 JLH bagi tujuan menambah kapasiti (overloading) LRA SSP 1 & Komponen kerja utama yang akan dibangunkan bagi tujuan melaksanakan HORAS 600 adalah:-

     

    Pembinaan Kolam Utama dengan kapasiti 30 MCM berkemampuan (sustainability) untuk membekalkan jumlah kapasiti air mentah tambahan sebanyak 600 Walaupun Kolam Utama mampu membekalkan air mentah sebanyak 600 JLH, namun jumlah yang diperlukan untuk menampung kapasiti (overloading) LRA SSP 1 & 3 khususnya semasa musim kemarau atau lebih tepat lagi apabila aliran sungai sangat rendah adalah hanya sebanyak 300 JLH.

     

    Pembinaan Kolam Hang Tuah sebagai muka sauk (Intake point) dan kolam penapis (filter pond); dan

     

    Pembinaan Rumah pam baru dengan kapasiti pengepaman 300MLD untuk keperluan overloading SSP 1 &

     

    Terdapat dua (2) Fasa pembangunan yang terlibat dalam Projek HORAS 600 adalah seperti berikut:-

     

    Fasa 1 terbahagi kepada 3 Pakej Kerja iaitu:-

     

    Pakej 1 – Kerja Pengorekan Kolam Utama oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

     

    Pada ketika ini,  Kerajaan Negeri Selangor telah melantik KSSB untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi tujuan pembinaan Kolam Takungan. Kerajaan Negeri Selangor tidak membayar KSSB bagi kerja-kerja pengorekan yang dibuat sebaliknya nilai kerja tersebut di kontra dengan jumlah pasir yang akan dijual oleh KSSB. Kerja-kerja pengorekan oleh KSSB telah bermula semenjak 15 Mac 2014.

     

    Dalam melaksanakan kerja-kerja Pengorekan Kolam Utama di bawah Pakej 1, pihak KSSB telah membahagikan kerja kepada 3 Fasa kerja seperti berikut :-

     

    1. Seksyen 1 telah mencapai 66% (jadual asal sepatutnya siap pada September 2015 dari pelaksanaan sebenar akan siap pada Oktober 2015)

     

    1. Seksyen 2 telah mencapai mencapai 15%

     

    1. Seksyen 3 –belum bermula lagi

     

    Mengikut perancangan asal Seksyen 2 dan Seksyen 3 sepatutnya siap pada Oktober 2015 tetapi dari segi pelaksanaan, KSSB memaklumkan ia hanya boleh siap pada Disember 2017. KSSB memaklumkan bahawa kelewatan dari segi pelaksanaan Seksyen 2 dan Seksyen 3 adalah disebabkan oleh isu masalah penjualan pasir.

     

    Pakej 2 – Kerja-kerja Membina Cerun Kolam  & External Works. Kerja-kerja  ini   akan bermula pada bulan September 2015  dan kerja-kerja di bawah pakej ini dijadualkan siap pada bulan Disember 2016. Kelewatan untuk memulakan kerja-kerja ini adalah disebabkan kelewatan di pihak KSSB menyiapkan Kolam

     

    Pakej 3 – Pembinaan kolam Hang Tuah masih dalam peringkat reka Kerja-kerja ini dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan Disember 2016

     

    Fasa 2 – Pembinaan Rumah Pam pada ketika ini dalam proses reka   Kerja-kerja  ini dijadualkan siap pada bulan Disember 2016.

     

    Terdapat 5 loji rawatan air di Lembangan Sungai Selangor yang pada ketika ini bergantung sepenuhnya pada Pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi dan Aliran asas (river base flow) air di Sungai Selangor. Jumlah air mentah yang diperlukan adalah sebanyak 3000JLH. Namun dengan siapnya Projek Mitigasi 2, sebanyak 300 JLH air mentah tambahan diperlukan bagi tujuan menambah kapasiti (overloading) LRA SSP 1 & Justeru itu, dengan adanya HORAS 600 yang berkemampuan untuk membekalkan jumlah kapasiti air mentah tambahan sebanyak 600 JLH.

     

    Walaupun HORAS 600 belum siap sepenuhnya, pada ketika ini bermula dari bulan April 2014, HORAS 600 telah dapat membekalkan air mentah sebanyak 160JLH untuk dialirkan ke Sungai Selangor bagi meningkatkan paras aliran sungai dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi. Dengan adanya bantuan yang disumbangkan dari Kolam HORAS 600 yang masih belum siap bersama-sama dengan kolam kolam takungan lain, paras Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Sungai Selangor tidak terjejas sepanjang musim panas tahun ini sebaliknya setakat 31 Julai 2015, paras simpanan kedua-dua empangan adalah seperti berikut:-

     

    Empangan Sungai Selangor Empangan Sungai Tinggi
    77.51% 75.53%

     

    1. Melalui sumbangan yang diberikan oleh operasi pengepaman di Bestari Jaya termasuk dari Kolam HORAS 600 yang belum siap sepenuhnya, kedudukan paras kedua empangan telah meningkat dan jika dibandingkan dengan tahun 2013 dan 2014 adalah seperti berikut:-

     

    Empangan Paras Simpanan pada 31 Julai

    2013

    Paras Simpanan pada 31 Julai 2014 Paras Simpanan pada 31 Julai 2015
    Empangan Sungai Selangor 77.06% 33.46% 77.51%
    Empangan Sungai

    Tinggi

    93.99% 47.39% 75.51%

     

    1. HORAS 3000

     

    Lokasi HORAS 3000 adalah di Bestari Jaya( Kolam Hang Tuah, Kolam MBI, Kolam Kambing Susu A, B dan C, Kolam Larut). HORAS 3000 masih dalam peringkat akhir kajian yang sedang dikendalikan oleh pihak LUAS. Tarikh siap HORAS 3000 belum dapat ditentukan lagi. Namun demikian, pelaksanaan HORAS 3000 telah disenaraikan di dalam projek pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke Sebelas sebagai salah satu langkah Kerajaan Negeri di dalam memastikan kecukupan air mentah sehingga tahun 2050.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.