Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

171) HYBRID OFF RIVER AUGMENTATION SYSTEM (HORAS 600)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perincian kerja projek perintis HORAS 600?

    Sebagaimana yang telah dijanjikan, Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan program pemberian 20 meter padu air percuma kepada semua rakyat Negeri Selangor selaras untuk merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Namun demikian, Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti dan mempertimbangkan inisiatif-inisiatif lain bagi membantu rakyat miskin.

    Bagi meneruskan skim pemberian 20 meter padu air percuma, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah memuktamadkan industri perkhidmatan air Negeri Selangor di bawah satu entiti yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri.  Melalui kaedah ini, kawalan penuh boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor ke atas operasi Syarikat SPV tersebut dan keuntungan serta kos operasi dapat dipantau secara telus dan berterusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.