Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

205) IBU TUNGGAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sokongan yang telah diberikan kepada ibu tunggal pada tahun 2010 ?

    Kerajaan negeri Selangor telah merangka Pelan Tindakan Wanita Selangor 2010 – 2025 bagi mempromosi pemberdayaan wanita dalam semua ruang lingkup kehidupan di peringkat individu, keluarga dan masyarakat.  Di mana

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor  bertindak memenuhi keperluan Wanita Selangor dalam konteks kualiti hidup  yang akan dilaksanakan secara berperingkat menurut fokus yang dikenal pasti dari masa ke semasa dan ibu tunggal merupakan salah satu kumpulan sasarannya.

    Di bawah pentadbiran kerajaan Selangor , banyak bantuan  sokongan telah dilaksanakan melalui Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).Sila lihat Lampiran A. Sedangkan Pembangunan Wanita dan PEKAWANIS lebih kepada bantuan pembangunan sumber manusia.

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor telah melaksanakan beberapa program terutama Program Welfare To Work dengan penubuhan Pusat Komuniti Wanita sebanyak 20 buah bertujuan untuk menjadi pusat perkembangan potensi wanita  terutama ibu tunggal dengan  mewujudkan sistem sokongan bagi memudahkan mereka berkecimpung dalam perniagaan atau pekerjaan di mana mereka boleh menggunakan kemudahan di pusat komuniti wanita bagi meningkatkan pengetahuan kemahirannya seperti penggunaan peralatan mesin jahit atau masakan. Di samping mereka mendapat keuntungan, mereka juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kemampuan kendiri.Sila lihat Lampiran

    B

    Peluang kemahiran melalui Program Kursus atau Bengkel jangka pendek juga diperkenalkan dengan  memberi peluang kepada sepuluh (10) peratus ibu tunggal untuk meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang kemahiran dan keusahawanan. Program ini telah dilaksanakan setiap bulan  di setiap DUN atau Daerah mengikut keperluan kemahiran.Kemahiran ini meliputi masakan, kraftangan atau jahitan.

    Kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat di bawah Skim Kesihatan Wanita juga memberi peluang kepada ibu tunggal  untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma  mammogram melalui Pusat Khidmat Dewan Negeri DUN.

    Di samping itu, pembinaan jati diri ibu tunggal turut dirangka dan diberikan tumpuan agar mereka mempunyai prinsip berupaya mencorakkan suasana dan mencipta perubahan terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

    Hasrat kerajaan Selangor untuk meningkatkan ekonomi rakyatnya juga disokong dengan penglibatan PEKAWANIS dengan menambah pendapatan isi rumah di bawah RM1,500.00 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.