Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

94) IBU TUNGGAL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Hanya mereka yang bercerai atau kehilangan suami sahaja yang diiktiraf sebagai ibu tunggal, adakah Kerajaan Negeri akan menukarkan syarat-syarat tertentu supaya mereka yang beranak tanpa berkahwin juga diiktirafkan sebagai ibu tunggal?

    Untuk makluman Ahli yang Berhormat, definisi/ kategori ibu tunggal mengikut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara adalah seperti berikut :-

     

    • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
    • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; dan
    • Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

    Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada definisi yang telah dikeluarkan oleh Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia ini dan tidak bercadang untuk menambah syarat-syarat yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.