Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

234) IBU TUNGGAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah ibu tunggal menjadi salah satu target dalam Skim Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri amat komited dan mengambil berat akan golongan ibu tunggal khususnya ibu tunggal di Negeri Selangor, Sememangnya golongan ibu tunggal merupakan antara kumpulan sasaran dalam pembentukan dasar – dasar Kerajaan Negeri selain golongan berpendapatan rendah, golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas serta kanak – kanak yang memerlukan santunan dan perhatian khusus bagi keperluan masing –

     

    Golongan ibu tunggal boleh menerima pelbagai manfaat skim – skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri sekiranya layak. Antara skim atau program yang boleh dimanfaat oleh golongan ibu tunggal yang layak adalah seperti berikut :

     

    Skim Kesihatan Wanita – Pemeriksaan Saringan Mammogram Percuma;

     

    Tabung Warisan Anak Selangor – tabung simpanan untuk anak–anak kelahiran Selangor sebanyak RM1,500 apabila mencapai umur 18 tahun;

     

    SiKembar – bantuan yuran taska atau nurseri sebanyak RM100 setiap bulan;

     

    Hadiah Anak Masuk Universiti – hadiah sebanyak RM1,000 untuk anak-anak melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS yang diiktraf Kerajaan bagi pengajian diploma atau ijazah sarjana muda;

     

    Skim Hijrah – modal bantuan berniaga sehingga RM50,000;

     

    TUNAS – bantuan yuran tadika sebanyak RM50 setiap bulan; dan

     

    Bantuan Kesihatan Sihat Selangor – bantuan kos rawatan bagi pesakit buah pinggang sehingga RM5,000.00, bantuan kaki palsu, pembedahan katarak serta rawatan – rawatan lain atau pembelian alat sokongan.

     

    Kesemua skim – skim yang ditawarkan ini meliputi pelbagai aspek bukan sahaja bagi mengurangkan beban kewangan tetapi juga sebagai salah satu jaringan sistem sokongan kepada para ibu tunggal yang terpaksa menyara hidup anak – anak sendirian.

Lampiran

Tiada Lampiran.