ICT

21) ICT

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. I-City di Seksyen 7, Shah Alam di katakan menjadi pemangkin ICT di Selangor. Apakah status terkini dan perancangan program-program pembangunan ICT yang telah ada?

    Program Pembangunan ICT yang telah ada adalah seperti berikut :
    1. Projek Pusat Siber Rakyat
    Pusat Siber Rakyat (PSR) adalah bertujuan untuk memberi kemudahan bagi
    mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat negeri Selangor khususnya.
    PSR ini diwujudkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam
    Selangor (PPAS) dan pertanggungjawaban pengurusan diberikan kepada
    PPAS, pihak PBT dan juga ADUN agar pengoperasian dan penyelenggaraan
    yang lebih teratur dapat dilaksanakan. Penjenamaan ini dilaksanakan
    mengikut fasa dan sebagai permulaan pada tahun 2009, 5 lokasi seperti
    berikut telah diwujudkan :-
     PSR Perpustakaan Awam Bestari Jaya, Kuala Selangor
     PSR Perpustakaan Klang
     PSR Perpustakaan Awam Semenyih, Hulu Langat
     PSR Perpustakaan Desa Kampung Melayu Ampang, Gombak
     PSR Sultan Abdul Samad, Banting
    Lokasi PSR yang dirancang akan diwujudkan pada tahun 2010 adalah seperti
    berikut :-
     Perpustakaan Sg Besar
     Perpustakaan Kuala Kubu Baharu
     Perpustakaan Sg. Pelek
     Seksyen 19, Shah Alam
     Pusat Komuniti Kampung Kuantan, Klang

    2. Projek Hybrid Wireless Infructure Network (HyWIN)
    Satu Panel Wifi berkelajuan tinggi telah dipasang di Bangunan SSAAS dan
    mempunyai “backhaul” berkelajuan 1 megabit per second (Mbps). Panel ini
    telah dipancarkan ke arah satu sektor (120) dan capaian internet boleh
    diperolehi di kawasan-kawasan seperti berikut :-
     Seksyen 4 (Jalan Persiaran Pegawai)
     Seksyen 3 (sekitar Restoran Khalifah dan Kolej Jati Uitm)
     Seksyen 6 (kawasan perumahan sekitar Balai Polis Seksyen 6)
     Seksyen 7 (sekitar Uitm, Kompleks Belia dan Kebudayaan)
    Bermula daripada tarikh 09 April 2010 sehingga 30 Jun 2010, seramai 490
    orang telah berdaftar dan menggunakan perkhidmatan ini.
    3. Wirelesss City Selangor
    Telah dilaksanakan di lokasi berikut :
    Pelaksanaan di Kawasan
    Kepadatan Penduduk Tinggi
    Pelaksanaan di Kawasan
    Kepadatan Penduduk Sederhana
    /Rendah
    i. Dataran Shah Alam (sekitar
    Menara Jam)
    ii. Kompleks PKNS Shah
    Alam(berhadapan restoran
    KFC dan Tasik Shah Alam)
    iii. Medan Selera Prima 2,
    Seksyen 2, Shah Alam.
    iv. Seksyen 3 (sekitar kawasan
    Restoran Khalifah, Syed
    dan Sekolah Kebangsaan
    Raja Muda Seksyen 4,
    Shah Alam
    v. Seksyen 9 (sekitar kawasan
    Oasis)
    i. Kuala Kubu Baharu, Hulu
    Selangor (Sekitar kawasan
    Restoran Fazillah Maju)
    ii. Medan Selera Majlis Daerah
    Hulu Selangor, Batang Kali.

    4. Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor 2010
    Program ini bertujuan untuk menggalakkan perkongsian informasi antara
    pencipta pengeluar dan pengguna dalam bidan sains, teknologi dan inovasi,
    peningkatan kreativiti di kalangan para belia negeri Selangor dapat dikongsi
    dan dimanfaatkan. Ia juga dapat menjadikan negeri Selangor sebagai negeri
    ICT (Information & Technology ) terulung di Malaysia.
    Aktiviti yang telah dilaksanakan bagi program ini adalah seperti berikut :
     Anugerah Inovasi Cemerlang
    Satu penganugerahan dan pengiktirafan kepada saintis, ahli akademik,
    penyelidik, profesional, pelajar dan masyarakat umum atas hasil
    rekaannya.
     Program kemahiran, Pembangunan & Latihan ICT.
    Kursus asas penggunaan ICT di kalangan penduduk Selangor.
    Penggunaan aplikasi pejabat seperti MS Word, Excel serta mendedahkan
    laman sosial. Sasaran peserta pada tahun 2010 ialah ibu-ibu tunggal,
    anak-anak yatim, JKKK dan juga Persatuan Pesara Kerajaan Negeri
    Selangor.
     Pameran
    Pameran bagi memperkenalkan produk-produk penemuan hasil dari
    kajian sains, teknologi dan inovasi.
    Aktiviti yang sedang berlangsung dan di dalam perancangan
     Pertandingan Animax dan Photography
     Seminar FESSTIS ‘ 10
     Kursus dan Latihan ICT

Lampiran

Tiada Lampiran.