Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

67) IKLAN HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap masalah iklan haram?

    Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah iklan haram adalah:-

    • Penguatkuasa PBT melakukan rondaan setiap masa termasuk hari hujung minggu untuk menurunkan dan menyita iklan-iklan haram;
    • Memberi notis dan mengenakan kompaun kepada individu dan syarikat yang memasang iklan tanpa kebenaran PBT di bawah UndangUndang Kecil Iklan; dan
    • Mengemukakan senarai nombor telefon kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk ditamatkan perkhidmatan.

    Antara tindakan yang telah diambil oleh semua PBT ialah:-

    • Pihak MBSA pada tahun 2013 telah menyita dan mengeluarkan sejumlah 2195 kompoun dan 14 notis ke atas individu dan syarikat sepanjang tahun 2013 dan mengemukakan sejumlah 83 nombor telefon kepada SKMM untuk ditamatkan perkhidmatan; dan
    • Pihak MBPJ pada tahun 2014 telah menurunkan sejumlah 98,625 iklan haram dan telah mengeluarkan sejumlah 541 kompaun dan mengemukakan beberapa senarai nombor telefon kepada pihak SKMM.

Lampiran

Tiada Lampiran.