Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
281) ILJAS (INSTITUT LATIHAN JATI DIRI SELANGOR)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status Pusat Latihan berkenaan?
Pada masa kini, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan tindakan penyelarasan ke atas pusat-pusat latihan di bawah Kerajaan Negeri, termasuk ILJAS untuk ditambah baik dan diuruskan dengan berkesan supaya premis berkenaan boleh digunakan bagi tujuan latihan oleh Kerajaan Negeri. ILJAS dahulunya berfungsi sebagai pusat latihan dan bina insan kini akan berubah fungsinya sebagai pusat latihan bersepadu yang boleh digunakan secara bersama dengan masyarakat tempatan dan luar serta penjawat awam seluruh Negeri Selangor bagi program jati diri dan bina
Pada masa ini, Pejabat SUK Selangor telah memohon daripada pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR Selangor) untuk menjalankan pemeriksaan komprehensif terhadap kerosakan serta tahap keselamatan struktur bangunan ILJAS. Penyelenggaraan dan baik pulih premis berkenaan akan dilaksanakan setelah menerima laporan pemeriksaan daripada JKR Selangor.