Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

37) IMPAK PEMBERHENTIAN AIR PERCUMA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pemberian air percuma secara automatik yang dihentikan baru-baru ini mengurangkan purata kegunaan seharian untuk pelanggan domestik?

    Penggunaan purata air domestik secara amnya tidak menunjukkan perubahan besar setelah pemberian air percuma dihentikan kepada semua pengguna Negeri Selangor. Ini dapat dilihat dari Jadual Purata Penggunaan Harian berikut:-

    Maklumat Jan 20 Feb 20 Mac 20 Apr 20 Mei 20
    Meter Padu 43,034,032 42,828,140 44,309,612 42,430,014 62,513,772
    Jumlah Akaun 1,687,384 1,629,985 1,694,519 1,644,579 1,633,540
    M3/ Akaun/Hari 0.82 0.91 0.84 0.86 1.23

    Bermula pada bulan Mac 2020, purata penggunaan air pelanggan domestik menunjukkan peningkatan yang berkemungkinan disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat oleh kerajaan semasa pandemik COVID 19 bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mei 2020 di mana melalui Perintah tersebut, pengguna berada di rumah sepanjang masa.  Kerajaan Negeri berpandangan Program Pemberian Air Percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) bukanlah faktor yang boleh menunjukkan pengurangan penggunaan air domestik.  Faktor utama di dalam pengurangan penggunaan air domestik adalah terletak kepada kesedaran pengguna akan kepentingan penggunan air secara berhemah kerana setiap titis air yang digunakan akan dinilai melalui kadar tarif yang akan dibayar oleh pengguna itu sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.