Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

16) IMPLIKASI PEMBATALAN 9 PROJEK RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah timbul sebarang implikasi kewangan atau perundangan terhadap tindakan pembatalan 9 projek Rumah Selangorku?

    Untuk makluman Y.B, Pemaju yang diberikan kelulusan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan Rumah Selangorku diberikan syarat agar memulakan pembinaan dalam tempoh masa 2 tahun daripada tarikh kelulusan yang diperolehi.

    Hasil siasatan yang dibuat oleh LPHS dan telah disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku mendapati kesemua 9 pemaju yang dicadang untuk ditarik balik kelulusan adalah kerana kegagalan pemaju memperolehi kelulusan Kebenaran Merancang (KM) atau Pelan Bangunan (BP) yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh masa 2 tahun sepertimana yang telah disyaratkan oleh Kerajaan Negeri.

    Tindakan penarikan balik ini juga dimaklumkan kepada pemaju melalui Notis Serahan Tangan dan Amaran Kelewatan membina yang dikeluarkan oleh LPHS yang mana diperakui oleh jawatankuasa sebagai prosedur pemantauan Rumah Selangorku.

    Untuk makluman, amaran dan notis yang mencukupi telah pun dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, tindakan untuk menarik balik kelulusan ini dijangka tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada pemaju untuk mengambil tindakan terhadap Kerajaan Negeri seterusnya tidak menimbulkan sebarang implikasi kewangan atau perundangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.