Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

26) INAP DESA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan produk inap di Selangor mengikut daerah?

    Program inap desa ataupun homestay semakin mendapat tempat dikalangan pelancong terutama daripada negara-negara Eropah mahpun dari negara Asia seperti Singapura. Program homestay mempunyai daya tarikan tersendiri terutama dari aspek kebudayaan, warisan serta kedudukan sesebuah homestay.

    Kebudayaan merupakan salah satu aspek  paling penting dan yang paling utama menjadi daya tarikan utama kepada pelancongan.  Keenakan makanan masakan melayu yang pelbagai serta keunikan makan menggunakan tangan serta duduk bersila  sentiasa menjadi pilihan pelancong. Pemakaian kain pelikat dan kain batik sentiasa menjadi keutamaan dan akhirnya akan menjadi barangan cenderahati yang bermakna kepada pelancong.

    Para pelancongan juga sentiasa didedahkan dengan keunikan tarian mahupun keindahan barangan kraftangan yang turut memberi pengalaman kepada pelancongan untuk mencuba dan merasai pengalaman  melakukan aktiviti ini sendiri.

    Kedudukan sesebuah homestay juga menjadi kekuatan kepada pemilihan sesebuah homestay oleh pelancongan. Sawah padi saujana mata memandang mahupun keindahan pantai juga menjadikan aktiviti sesebuah homestay berbeza dan unik.  Komoditi utama negara seperti kelapa sawit, getah dan koko sentiasa menjadi perhatian para pelancong dan sentiasa menjadi persinggahan bagi para pelancong untuk mendekati secara dekat mahupun menyentuh tumbuhan ini .

    Walaubagaimanapun pertumbuhan dan perkembangan industri homestay ini dikawal oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.  Kementerian Pelancongan Malaysia mengeluarkan lesen serta garis panduan serta kriteria yang perlu dipatuhi oleh para pengusaha homestay.

    Sehubungan dengan itu di Selangor terdapat 15 buah homestay yang berlesen dan sentiasa menjadi keutamaan kepada Tourism Selangor dalam aktiviti promosi dalam dan luar negara serta menjadikan ianya antara pakej utama bagi kunjungan Negeri Selangor. Berikut adalah homestay  tersebut :

    1. Homestay Kampung Sungai Lang Tengah –  Daerah Kuala Langat
    2. Homestay Kampung Endah – Daerah Kuala Langat
    3. Homestay Kampung Batu Laut – Daerah Kuala Langat
    4. Homestay Kanchong Darat –  Daerah Kuala Langat
    5. Homestay Kampung Kundang  –  Daerah Kuala Langat
    6. Homestay Banghuris – Daerah Sepang
    7. Homestay Bougainvillea, Sungai Kertas – Daerah Gombak
    8. Homestay Sungai Tengi – Daerah Hulu Selangor
    9. Homestay Sungai Sireh – Daerah Kuala Selangor
    10. Homestay Batu 23 Sungai Nibong – Daerah Sabak Bernam
    11. Homestay Sungai Haji Dorani – Daerah Sabak Bernam
    12. Homestay Sepintas – Daerah Sabak Bernam
    13. Homestay Air Manis – Daerah Sabak Bernam
    14. Homestay Papitusulem – Daerah Sabak Bernam
    15. Homestay Kayangan  – Daerah Sabak Bernam

Lampiran

Tiada Lampiran.