Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

172) INDEKS JENAYAH SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan kes jenayah dan jenis yang berlaku di Selangor mengikut daerah pada tahun 2014 & 2015.

    Kedudukan jenayah di Negeri Selangor diukur melalui statistik Jenayah Indeks yang dilaporkan. Pengukuran melalui Jenayah Indeks mengikut amalan dan piawaian yang digunapakai oleh kebanyakan negara dalam mengukur kadar jenayah. Jenayah Indeks terbahagi kepada dua kategori iaitu Jenayah Kekerasan dan Jenayah Harta Benda. Kedua-dua kategori ini melibatkan 13 jenis jenayah. Berikut adalah pecahan bagi Jenayah

    Bagi Jenayah kekerasan terdapat 7 jenis jenayah iaitu:

    • Jenayah Bunuh
    • Jenayah Rogol
    • Jenayah Samun Berkawan Senjatapi
    • Jenayah Samun Berkawan Tanpa Senjatapi
    • Jenayah Samun Bersenjatapi
    • Jenayah Samun Tanpa Bersenjatapi
    • Mendatangkan Cedera

     

    Bagi Jenayah Hartabenda terdapat 6 jenis jenayah iaitu:

    • Jenayah Lain-Lain Curi
    • Jenayah Curi Motosikal
    • Jenayah Curi Motokar
    • Jenayah Curi Motolori / Van / Jentera berat
    • Jenayah Curi Ragut
    • Jenayah Pecah Rumah Dan Curi

     

    • Perangkaan jenayah indeks bagi tempoh Januari – September 2014/2015 iaitu pada tahun 2015 sebanyak 23,770 kes jenayah indeks dicatatkan berbanding tahun 2014 sebanyak 27,571 kes iaitu penurunan sebanyak 3,801 kes @ -13.79%. Berikut adalah statistik jenayah indeks bagi Kontinjen Selangor tempoh Januari – September 2014/2015.
        JENAYAH INDEKS
    BIL JENIS KESALAHAN 2014 2015 JUMLAH PERATUS
      JENAYAH KEKERASAN KES KES +N/-T %
    1 BUNUH 88 109 21 23.86%
    2 ROGOL 254 230 -24 -9.45%
    3 SAMUN BERKAWAN BERSENJATAPI 10 2 -8 -80.00%
    4 SAMUN BERKAWAN TANPA

    BERSENJATAPI

    3836 2956 -880 -22.94%
    5 SAMUN BERSENJATAPI 4 0 -4 -100.00%
    6 SAMUN TANPA BERSENJATAPI 589 555 -34 -5.77%
    7 MENDATANGKAN CEDERA (324-6 KK) 822 914 92 11.19%
    JUM.KEKERASAN 5603 4766 -837 -14.94%
    JENAYAH HARTABENDA
    1 LAIN – LAIN CURI 3658 2961 -697 -19.05%
    2 CURI MOTOKAR 3566 2862 -704 -19.74%
    3 CURI MOTOSIKAL 8144 7313 -831 -10.20%
     

    4

    CURI MOTOLORI / VAN / JENTERA

    BERAT

     

    1230

     

    992

     

    -238

     

    -19.35%

    5 CURI RAGUT 695 724 29 4.17%
    6 PECAH RUMAH DAN CURI 4675 4152 -523 -11.19%
    JUMLAH HARTABENDA 21968 19004 -2964 -13.49%
    JUMLAH BESAR 27571 23770 -3801 -13.79%

    Bagi tempoh kajian kes jenayah kekerasan telah mencatatkan sebanyak 4,766 kes manakala kes jenayah hartabenda sebanyak 19,004 kes telah dicatatkan pada tahun 2015. Bagi tahun 2014 kes jenayah kekerasan telah mencatatkan sebanyak 5,603 kes manakala jenayah hartabenda sebanyak 21,968 kes telah dicatatkan bagi tahun 2014.

    Bagi kes-kes jenayah kekerasan dan hartabenda yang menunjukkan peningkatan ialah:

    • Kes – kes Jenayah Kekerasan yang menunjukkan peningkatan adalah kes Bunuh meningkat sebanyak 21 kes dan Mendatangkan Cedera meningkat 92 Kedua-dua kategori Jenayah Indeks yang meningkat ini merupakan jenis jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah yang non-preventable’.
    • Kes – kes Jenayah Hartabenda yang menunjukkan peningkatan adalah kes

    Curi Ragut meningkat sebanyak 29 kes.

    Secara keseluruhannya kedudukan jenayah di Negeri Selangor adalah dalam keadaan terkawal dan statistik Jenayah Indeks menunjukkan trend jenayah di Selangor menurun. Pihak polis meneruskan tindakan-tindakan pencegahan jenayah secara agresif dengan kerjasama masyarakat menerusi konsep atau pendekatan Community Policing dan pencegahan jenayah serta sasaran menurunkan kadar Jenayah Indeks menjadi agenda utama PDRM.

Lampiran

Tiada Lampiran.