Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

62) INDEKS KEMISKINAN NEGERI SELANGOR (SPI)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri selepas SPI diperkenalkan?

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian yang serius di dalam membasmi kemiskinan di Negeri Selangor. Sehubungan itu, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Kajian Kadar Kemiskinan Mengikut Daerah dan Kaum serta Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi Negeri Selangor dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) sebagai perunding kajian. Objektif utama kajian ini adalah untuk:

    • Mengenal pasti perangkaan umum berkaitan kemiskinan bagi penduduk berdasarkan daerah dan kaum di Negeri Selangor;
    • Menganalisis Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor melalui justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiskinan; dan

    Mewujudkan dan membangunkan Sistem Maklumat yang dinamakan Informasi Kesejahteraan Rakyat Majmuk Selangor (IKRAMS) yang mengandungi data lengkap dan holistik isi rumah Selangor yang berpendapatan di bawah PGK yang

    Melalui data-data yang diperolehi daripada kajian dan Sistem Maklumat IKRAMS membolehkan Kerajaan Negeri mengenal pasti dan merangka dasar baru, program dan peruntukan yang lebih komprehensif untuk membasmi kemiskinan secara efektif dan memastikan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri tepat kepada golongan sasar yang memerlukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.