Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

48) INDUSTRI 4.0

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah atau program-program yang dibuat untuk membantu industri sederhana kecil di Selangor untuk bersedia menghadapi Industri 4.0?

    Revolusi Perindustrian Keempat (Fourth Industrial Revolution) melibatkan automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini dan memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital bagi mengekalkan daya saing. Industri 4.0 mencakupi penemuan pelabagai teknologi baru seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi system, penggunaan robotic dan cloud yang bakal merancakkan lagi kemajuan landskap dunia moden dan tenknolgi.

    Antara langkah-langkah atau program-program yang dirancang dan dilaksanakan bagi membantu pihak Industri Kecil dan Sederhana untuk menghadapi Industri 4.0 adalah seperti berikut;-

    • Invest Selangor dan Invest Bavaria telah menandatangani MoU pada 18hb Mei 2017 di German dan sebagai usaha seterusnya “Bavaria Industry 4.0 Workshop” program telah diadakan pada 21hb Ogos 2017, bertempat di Istana Selangor. Workshop ini dihadiri oleh syarikat-syarikat yang terlibat dalam Industry 4.0 dari German dan juga syarikat-syarikat IKS dari
    • Pada 22hb Mei 2017, Invest Selangor Berhad telah menandatangani MoU bersama State Government of Victoria, Australia di Istana Selangor. MoU ini dilihat sebagai satu madah bagi kerjasama antara pemain industri Selangor dan Melbourne terutamanya dalam 9 pilar utama revolusi industry 4. Hasil daripada MoU ini, pihak Invest Selangor telah dapat membantu sebuah syarikat di Selangor iaitu CSL Blockchain Technology yang menghasilkan “bitcoin” dan juga aktiviti “cryptocurrency mining” untuk mengkomersialkan dan menyenaraikan syarikat mereka di Australia Stock Exchange pada tahun ini.
    • “Networking Dinner In Conjunction With The UK Mega Technology MissionTo Selangortelah diadakan pada 10hb Oktober 2017 bertempat di Istana Selangor. Program ini menemukan para pemain industri dari UK dan Selangor terutamanya dalam sektor IoT, analisis & big data, fintech, telecommunication, cybersecurity, cloud dan data analytics. Invest Selangor telah menyediakan platform B2B ataupun business-to-business supaya syarikat-syarikat IKS dari negeri ini dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan syarikat bertereskan berteknologi tinggi untuk pemindahan teknologi yang berteraskan Industri 4.0 pada masa hadapan.

     

    • Bagi memastikan institusi pendidikan juga bersedia mengharungi revolusi ini, pihak Invest Selangor Berhad telah menghubungkan kerjasama diantara UNISEL dan juga Universiti Malaya. Dalam pada masa yang sama, pihak Invest Selangor telah juga mengadakan sessi dialogue di antara syarikat-syarikat IKS yang mempunyai potensi di dalam Industri 4.0 seperti DreamEdge dan juga Robopreneur dengan universiti-universiti yang disebutkan seperti di atas.

     

    • Pada 4hb. September 2018, pihak PKNS Akedemi telah menjalinkan kerjasama dengan Invest Selangor Berhad bagi mengadakan program “Seminar Embracing Industry 0.

     

    • Invest Selangor juga merupakan ahli kepada Industry 4.0 Consortium yang telah diwujudkan oleh SHRDC dimana konsortium ini menyediakan peluang / platform untuk industri dan syarikat-syarikat MNC, syarikat- syarikat IKS, pihak kerajaan dan juga akademik untuk mengadakan sessi dialogue berkenaan hala tuju, strategi dan juga cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh semua pihak berkenaan Industri 4.0 pada masa hadapan.
    • Dalam menyediakan kemudahan infra, pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor bekerjasama dengan pihak TM untuk menaiktaraf kemudahan internet jalur lebar di kawasan-kawasan perindustrian yang ada di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.