Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

41) INDUSTRI AERO ANGKASA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor memberikan tumpuan kepada Industri Aero angkasa, apakah usaha kerajaan untuk memperlengkapkan tenaga kerja atau pelatih dalam industri ini?

    Pihak Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa industri Aero Angkasa adalah salah satu industri yang beropetensi untuk berkembang di Negeri Selangor dan merupakan antara industri tumpuan utama untuk dibangunkan di Negeri Selangor. Ini berdasarkan faktor kedudukan Negeri Selangor yang strategik sebagai destinasi pelaburan disamping dengan kemudahan infra yang lengkap. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Selangor Aerospace Council untuk memacu dan memperkasakan industri aero nagkasa di Negeri Selangor sebagai salah satu industri yang bakal menjana pertumbuhan ekonomi negeri dan menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia.

    • Selangor Aerospace Council berperanan untuk;-
    • Menentukan halatuju industri Aero Angkasa Smart Selangor. ii. Menentukan bidang-bidang industri Aero Angkasa yang perlu diberi keutamaan.
    • Merancang polisi pembangunan modal insan di dalam industri Aero Angkasa di Negeri Selangor

      Merancang dan membentuk Smart Selangor Aerospace Blueprint & Action Plan

    Bagi menyediakan penawaran tenaga kerja mahir dalam industri ini, pihak Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pusat-pusat latihan sedia ada yang menawarkan kursus atau latihan dalam industri penerbangan seperti Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT)

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga melihat potensi peluang-peluang kerjasama antara pihak Unisel dan pihak industri yang berkaitan untuk menyediakan program latihan atau kursus dalam bidang aero angkasa bagi melahirkan pekerja mahir untuk industri tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.