Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

269) INDUSTRI AERO ANGKASA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk menjayakan industri ini di Selangor?

    Bagi menjayakan industri Aero Angkasa di Selangor, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Aeroangkasa Selangor Atau ‘Selangor Aerospace Council untuk memacu dan memperkasakan industri aero angkasa di Negeri Selangor sebagai salah satu industri yang bakal menjana pertumbuhan ekonomi negeri dan menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di

    Majlis Aeroangkasa Selangor Atau ‘Selangor Aerospace Council berperanan untuk;-

    • Menentukan halatuju industri Aero Angkasa Smart
    • Menentukan bidang-bidang industri Aero Angkasa yang perlu diberi keutamaan.
    • Merancang polisi pembangunan modal insan di dalam industri Aero Angkasa di Negeri Selangor
    • Merancang dan membentuk Smart Selangor Aerospace Blueprint & Action Plan.
    • Merancang, membentuk serta melengkapkan satu ekosistem untuk industri aeroangkasa yang berdayasaing di Sepang, Subang dan Serendah.
    • Memantau dan memberi fokus pelaburan masuk dari sektor aeroangkasa yang memberi impak kepada negeri Selangor

    Matlamat & Misi Majlis Aeroangkasa Selangor:

    • Membangunkan Selangor sebagai hab pelaburan industri aeroangkasa di rantau Asia
    • Mempertingkatkan ekosistem dan pelaburan dari sektor aeroangkasa di Selangor.
    • Menjana peluang pekerjaan, pemindahan teknologi tinggi dan penubuhan institusi serta pusat latihan bertaraf dunia khusus untuk sektor aeroangkasa di
    • Menarik pelaburan langsung asing dan juga tempatan ke negeri Selangor dalam sektor berkenaan.

    Bidang Kerja Utama Majlis Aeroangkasa Selangor:

    • Memberi penekanan dari aspek pembangunan industri aeroangkasa di negeri Selangor merangkumi seluruh ekosistem yang
    • Memberi penekanan terhadap pembangunan negeri Selangor sebagai Hab Aeroangkasa di rantau Asia Pasifik.

Lampiran

Tiada Lampiran.