Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

9) INDUSTRI AIR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah butiran tambahan kepada perjanjian penstrukturan pengurusan industri air di Selangor (supplementary agreement)?

    a), b) dan c)

     

    Pertama isu yang berbangkit di dalam memenuhi CP ataupun condition precident perjanjian utama hingga membawa termeterainya perjanjian tambahan. Kedua, kos pengambilalihan syarikat konsesi air di bawah penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor dan yang ketiga status pajakan tanah negeri selepas penstrukturan semula.

     

    Dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor, pada 12 September 2014 perjanjian utama ataupun master agreement telah ditandatangani di antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad atau PAP dan Pengurusan Air Selangor Berhad ataupun Air Selangor. Dalam perjanjian utama telah dipersetujui bahawa aset-aset air milik kerajaan negeri berserta tanah. Ini perlu dijelaskan. Aset-aset air milik kerajaan negeri berserta tanah bernilai sehingga RM2bilion akan dipindah milik kepada PAP oleh Air Selangor untuk Air Selangor mendapatkan pembayaran tunai berjumlah RM2billion bagi membiayai pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi. Antara aset air yang telah disenaraikan untuk dipindah milik adalah:-

     

    1. Loji Rawatan Air Sungai Semenyih;
    2. Loji Rawatan Air Bukit Nanas;
    3. Loji Rawatan Air Sungai Langat; dan
    4. Loji Rawatan Air SSP

     

    Dalam mesyuarat yang diadakan di Qatar pada 16 Februari 2015, dimaklumkan bahawa kerajaan persekutuan menuntut bahawa aset-aset air yang terletak di dalam

     

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Nanas adalah hak milik kerajaan persekutuan. Kerajaan persekutuan enggan menerima pindah milik tapak tanah dan kedua-dua aset air tersebut sebagai aset yang akan dipindah milik kepada PAP. Tiga perkara utama telah menjadi pertikaian hingga menyebabkan condition president di dalam perjanjian utama tidak dapat dipenuhi iaitu:-

     

    • Pertikaian hak milik aset-aset air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya;

     

    • Aset-aset air syarikat konsesi yang terletak di negeri Selangor yang perlu dipindahkan bersekali dengan tanah; dan

     

    • Aset-aset air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ataupun KPWA.

     

    KPWA terdiri daripada aset-aset air yang terletak di Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti paip, kolam-kolam air, stesen pam serta aset-aset yang digunakan untuk pentadbiran aktiviti-aktiviti perkhidmatan bekalan air seperti pejabat pentadbiran, pusat pungutan bayaran bil-bil air, pusat latihan, kuarters kakitangan dan sebagainya. Aset-aset ini telah disenaraikan dan termasuk sebagai aset-aset air di bawah perjanjian konsesi SYABAS di mana right of use ke atas aset-aset ini telah diberikan kepada SYABAS selama tempoh perjanjian konsesi. Kerajaan  persekutuan pada awalnya berpendirian seperti berikut:-

     

    • Aset air yang terletak di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih adalah hak milik kerajaan persekutuan. Kerajaan persekutuan enggan menerima pindah milik tapak tanah dan kedua-dua aset air tersebut sebagai aset yang akan dipindah milik kepada PAP;

     

    • Pemindahan hak milik aset-aset air syarikat konsesi ataupun CCWA yang terletak di negeri Selangor hendaklah dipindah milik kepada PAP bersama- sama hak milik tanah tapak tanah aset-aset air tersebut; dan

     

    • KPWA tidak akan ditangani dalam langkah penstrukturan industri air ini dan akan ditangani secara berasingan mengikut kaedah yang akan dipersetujui bersama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan

     

    Y.B. Tuan Speaker,

     

    Kerajaan Negeri tidak boleh bersetuju dengan pendirian kerajaan persekutuan atas sebab-sebab berikut. Pertama, berhubung pertikaian hak milik aset-aset air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Seperti yang telah saya jelaskan dengan panjang lebar dalam sesi yang lalu, kerajaan negeri berpandangan bahawa dalam perjanjian utama atau master agreement yang ditandatangani pada 12

     

    September 2014 telah pun disenaraikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Nanas di dalam apendiks 3 sebagai aset-aset air milik kerajaan negeri Selangor. Perjanjian utama tersebut di dalam apendiks 3 telah diteliti oleh kerajaan persekutuan dan seterusnya ditandatangani dan diturunkan initial pada setiap helaian perjanjian utama sebagai tanda bersetuju kedua-dua aset tersebut adalah milik kerajaan negeri Selangor. Saya juga telah menyatakan dalam sesi yang lepas, kalau kita melihat apendiks 3 dalam perjanjian utama, tajuknya juga ialah ‘Air Selangor Water Assets’ dan disenaraikan Sungai Semenyih dan Bukit Nanas sebagai 2 aset daripada 4 aset yang diserahkan dan ditandatangani oleh kerajaan persekutuan menunjukkan penerimaan kerajaan persekutuan kedua-dua aset ini adalah milik kerajaan negeri Selangor.

     

    Yang keduanya aset-aset air milik air syarikat konsesi yang terletak di Negeri Selangor yang perlu dipindahkan bersekali dengan tanah yang ini menjadikan pertikaian hebat kerana saya bagi pihak rakyat negeri Selangor tidak akan membenarkan Kerajaan Persekutuan mendesak Kerajaan Negeri untuk memindahkan aset-aset ini bersekali dengan tanah. Dalam perjanjian utama yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan pada 12 September 2014 telah secara khusus menyatakan aset-aset milik syarikat konsesi atau CCWA akan dipindahkan aset sahaja dan bukan tanah yang berkenaan. Sekali lagi ianya terkandung dalam Apendiks 7 yang dengan jelas menunjukkan tajuknya ‘List Of Consention Companys Water Aset’ yang juga menyenaraikan aset-aset berkenaan dengan tajuk ‘Upgraded And Rebailated Part Of The Following Water Treatment Plants”. Ini menunjukkan persetujuan yang telah dicapai pada ketika itu aset-aset ialah milik syarikat konsesi ini akan dipindah milik aset sahaja dan bukan tanah yang berkenaan. Maka Kerajaan Negeri Selangor telah menyenaraikan aset-aset milik syarikat konsesi air yang akan dipindah milik kepada PAAB secara terperinci di dalam Apendiks 7 yang mengandungi beberapa aset-aset milik syarikat konsesi termasuk ‘Upgraded And Rebailated Part Of The Following Water Treatment Plants”. Maknanya bukan semua aset itu akan dipindah milikan, tapak tanah aset milik syarikat konsesi air tidak akan termasuk dalam senarai aset syarikat konsesi yang akan dipindah milik kepada PAAB.

     

    Isu ketiga ialah aset-aset air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak termasuk dalam senarai CCWA iaitu KPWA tidak pernah dibangkitkan oleh Kerajaan Persekutuan. Sepanjang rundingan malahan tidak pernah disebut di dalam Memorandum of Understanding dan Head of Aggrement mengenai penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air namun Kerajaan Negeri mendesak supaya perkara ini diambil kira dalam Suppelmentary Aggrement supaya diselesaikan dalam Facility Aggreement untuk mengelakkan gangguan operasi apabila Kerajaan Negeri mengambil alih sepenuhnya Industri Perkhidmatan Air ini. Lanjutan daripada pertikaian  tersebut beberapa siri perbincangan rundingan telah diadakan Pegawai yang diketuai oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil daripada UPEN dan juga

     

    daripada wakil Air Selangor. Selain daripada peringkat pegawai, Saya sendiri telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Teknologi Hijau dan Air seperti tarikh berikut, pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 29 Jun 2015. Kedua pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 1 Julai 2015, khusus untuk membincangkan soal air bukan soal yang lain. Ketiga pertemuan dengan YB Menteri KETTAH pada 19 Mei 2015, 18 Jun 2015, 23 Jun 2015 dan 30 Jun 2015. Rundingan yang diadakan menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri di dalam mempertahankan kepentingan rakyat di dalam Negeri Selangor supaya apa juga persetujuan yang dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor di dalam memuktamadkan dalam penstrukturan semula industri perkhidmatan air ini di tidak memberikan kesan sampingan kepada rakyat negeri Selangor. Hasil daripada rundingan yang telah diadakan tersebut perkara-perkara yang telah dipersetujui untuk dimuktamadkan dalam perjanjian tambahan adalah seperti berikut :-

     

    1. Isu loji rawatan air Semenyih dan loji rawatan air Bukit Nanas. Loji rawatan Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Nanas akan kekal dalam perjanjian utama di dalam Apendiks 3 namun bagi tujuan meneruskan penstrukturan semula ini 4 Aset baru dimasukkan dalam perjanjian tambahan sebagai Apendiks 3A sebagai mengganti loji rawatan Sungai Semenyih dan loji rawatan air Bukit

     

    1. Aset-aset air syarikat konsesi CCWA yang terletak di Negeri Selangor. Bagi CCWA yang telah terletak di dalam negeri Selangor pemindahan hak milik CCWA kepada PAAB tidak termasuk hak milik tapak tanah dan ini adalah kejayaan terbesar Kerajaan Negeri untuk mempertahankan tapak-tapak tanah ini tidak diserahkan kepada PAAB. Manakala CCWA yang terletak di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bersetuju memberi hak milik tapak tanah kepada PAAB bagi membolehkan aset air tersebut dipajakkan secara sempurna oleh PAAB kepada Air

     

    1. Lesen kemudahan Facility Licence. Lesen kemudahan ke atas kesemua aset yang tidak dipindah milik kepada PAAB dan terletak di dalam negeri Selangor akan dikeluarkan di dalam kepada Air Selangor bagi membolehkan Air Selangor memiliki kesemua aset-aset air tersebut. Ini satu lagi kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri mana kala lesen kemudahan akan dikeluarkan kepada PAAB bagi aset-aset air yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Putrajaya dan juga untuk 5 loji di Selangor yang akan dipindah milik daripada Air Selangor kepada PAAB untuk membolehkan PAAB memiliki aset-aset air tersebut dan seterusnya memajakkan kepada Air

     

    1. Lesen Perkhidmatan. Air Selangor akan diberikan lesen perkhidmatan untuk menjalankan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan yang

     

    1. Aset-aset air di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya atau yang di sebut KPWA bagi memastikan penstrukturan air yang holistik bagi menyeluruh KPWA perlu ditangani di dalam perjanjian tambahan dan dimasukkan sebagai salah satu syarat terdahulu di mana isu KPWA mesti diselesaikan ketiga terma-terma perjanjian Facility Agreement dan List Agreement Antara lain pajakan KPWA kepada Air Selangor perlu diperuntukkan sebagai obligasi ke atas PAAB di dalam Facility Aggrement dan List Agreement. Perjanjian tambahan kepada perjanjian utama telah dimeterai pada 10 Julai 2015 yang baru lalu bagi membolehkan penstrukturan semula Industri Air diteruskan dan untuk memastikan tiada lagi masalah berbangkit di kemudian hari mengenai kesamaran dan ketidaktentuan terma perjanjian utama. Perjanjian tambahan ini adalah lebih terang atau lebih konklusif jelas dalam perinciannya dalam penyelesaian dan kemenangan ataupun win win sitution kepada semua pihak yang terlibat. Oleh yang demikian perjanjian tambahan ini harus dilihat sebagai sesuatu yang positif ke arah pencapaian matlamat semua pihak iaitu untuk memuktamadkan perjanjian utama di dalam tempoh yang telah dipersetujui. Perjanjian tambahan juga telah memanjangkan tempoh untuk menyempurnakan perjanjian utama selama 60 hari bermula daripada tarikh perjanjian tambahan berkenaan. Lanjutan tarikh penyelesaian perjanjian utama ini juga akan memudahkan penyempurnaan perjanjian jual beli yang telah ditandatangani daripada Air Selangor dan Puncak Niaga Holding Berhad untuk pengambilalihan kepentingan ikuti sebanyak 70% di dalam Syarikat Bekalan Air Selangor ataupun SYABAS dan kepentingan ekuiti sebanyak 100% di dalam Puncak Niaga Sdn Bhd. Akhirnya lanjutan daripada termeterai bahan kepada 10 Julai 2015 pengambilalihan operasi SYBAS oleh Air Selangor dijangka dimuktamadkan lepas bayaran pengambilalihan diselesaikan oleh PAAB. Untuk membolehkan pembayaran dibuat perjanjian kemudahan dibuat ataupun Facility Aggreement perjanjian pajakan di antara Air Selangor dan PAAB dimuktamadkan di mana di bawah perjanjian tambahan kepada perjanjian utama penstrukturan semula Industri Perkhidmatan air Negeri Selangor yang ditandatangani pada 10 Julai 2015 tempoh untuk memuktamadkan perjanjian kemudahan adalah 60 hari daripada 10 Julai 2015.

     

    Di bawah perjanjian konsesi perjanjian pemegang konsesi SYABAS, SPLASH, Puncak Niaga dan ABASS syarikat pemegang konsesi diberikan hak untuk menggunakan tanah-tanah negeri ataupun state land selagi mana perjanjian konsesi masih berkuat kuasa. Tanah-tanah negeri itu tidak dipajakkan dan tiada suratan hak milik dikeluarkan untuk kegunaan syarikat-syarikat pemegang-pemegang konsesi air. Melalui penstrukturan semula Industri Air, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memindahkan aset air termasuk bahagian tanah di mana aset air itu berada kepada aset air Selangor. Syarikat milik Kerajaan Negeri, sebahagiannya akan dipajak kepada pengurusan aset Air Berhad bagi tempoh 45 tahun untuk membiayai

     

    dana pengambilalihan syarikat-syarikat pemegang konsesi air berkenaan. Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat-syarat yang cukup ketat bagi kesemua tanah-tanah ini termasuk seperti berikut kegunaan tanah hanya untuk kegunaan berkaitan  dengan bekalan air sahaja bagi tanah yang dipajak kepada PAAB selepas tempoh

    45 tahun PAAB akan menyerahkan semula tanah pajakan ini kepada  Pihak Berkuasa Negeri Selangor dan sekiranya air Selangor tidak lagi menjadi operator bekalan air di Negeri Selangor sebelum atau selepas tempoh 45 tahun berkenaan tanah-tanah milik kerajaan hendaklah dikembalikan semula kepada Pihak Berkuasa Negeri Selangor.

     

    Tajuk yang terakhir ialah tentang kos pengambilalihan syarikat konsesi air di bawah penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor. Harga tawaran pengambilalihan syarikat pemegang konsesi air keseluruhan kekal sehingga hari ini berjumlah RM1.68 bilion untuk 3 buah syarikat. Iaitu RM1.07 bilion untuk pengambilalihan Puncak Niaga Sdn Bhd., RM0.52 bilion untuk Syarikat Bekalan Air Selangor dan RM0.09 bilion untuk Konsortium ABASS Sdn Bhd. Kos pengambilan syarikat-syarikat pemegang konsesi air adalah kos yang perlu ditanggung oleh Air Selangor untuk membiayai kos pengambilan ini, Air Selangor telah bersetuju untuk memindahkan air dan tanah yang bernilai RM2 bilion kepada PAAB untuk jumlah pertimbangan tunai sehingga 2 bilion ringgit bagi Air Selangor untuk membiayai pengambilan 100% kepentingan ekuiti di dalam syarikat-syarikat pemegang konsesi air iaitu SYABAS, Puncak Niaga, Malaysia Sdn Bhd, ABASS dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd ataupun SPLASH. Ketika ini rundingan dengan pihak SPLASH masih lagi berjalan, Air Selangor telah diberi tempoh selama 12 bulan selepas tamat perjanjian utama untuk menyelesaikan pengambilalihan SPLASH

Lampiran

Tiada Lampiran.