Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

147) INDUSTRI ASAS TANI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana dasar untuk memoden dan meningkatkan produktiviti aktiviti pertanian serta memajukan industri asas tani telah berjaya dilaksanakan?

    Antara usaha kerajaan negeri dalam permodenan pertanian di Negeri Selangor adalah:

    • Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor dan Program Natural Farming kawasan padi. Untuk program ini Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 16.7 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor (2009-2013). Keutamaan kepada pengamalan teknologi ‘Rice Check’ dimana tumpuan diberi kepada:
      • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin
      • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
      • Pembajaan
      • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
      • Pertanian Lestari (Natural Farming)
    • Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Dimana terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buahbuahan, tanaman industri dan ternakan. Untuk Program ini Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM7,560,000 di bawah RMK10 (Tahun 2011-2015)
    • Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui Program Pembangunan Tanaman Makanan (Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Kelapa) , dan Program Pembangunan Tanaman Industri (Nanas dan Umbisi) dimana Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 13 juta untuk program-program tersebut di bawah RMK10 (Tahun 2011-2015). Program pembangunan buah-buahan dan sayur-sayuran menumpukan kepada penggunaan teknologi fertigasi yang sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang

    terhad dan dapat dikawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan automasi.

    • Menggalakkan dan membimbing petani kearah Pertanian Lestari dengan objektif:
      • Mengurangkan penggunaan bahan agro kimia yang boleh mendatangkan mudarat kepada petani
      • Mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna .
      • Melestarikan pertanian dan memulihara sumber alam
      • Mengurangkan kos bahan input kimia dan pada masa yang sama memberi pendapatan sampingan kepada petani terlibat melalui penghasilan produk Natural Farming yang boleh digunakan untuk tanaman sendiri atau dijual.
    • Meningkatkan kualiti tanaman dengan menggalakkan petani menyertai Pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), melalui skim ini petani akan dibimbing dan diberi pengiktirafan kerana mengamalkan pertanian berkonsep mesra alam , mengeluarkan produk berkualiti dan selamat dimakan serta mempunyai luang pasaran eksport.
    • Membangunkan kumpulan sasar melalui Program Pembangunan

    Sumber Manusia dimana aktiviti-aktiviti latihan, seminar, kursus, lawatan dan lain-lain dilaksanakan oleh jabatan khas untuk golongan sasar. Jabatan Pertanian Negeri Selangor turut meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kepada golongan sasar melalui Sistem

    Manakala usaha memajukan industri asas tani adalah melalui Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani. Program ini dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan tanaman. Usahawan dibimbing menggunakan teknologi pengilangan dan pembungkusan yang terkini dan kearah Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta Pensijilan Halal.

     

    Maklumat Tambahan:

    Seramai sebanyak 873 orang usahawan telah berjaya dibimbing sejak program dilaksanakan. Tahun 2011 mencatatkan nilai jualan sebanyak RM143 juta dengan purata pendapatan bulanan ialah RM10,814

    .

    Peningkatan nilai jualan dicatatkan pada tahun 2012 iaitu RM244 juta dengan purata pendapatan bulanan per usahawan ialah RM9,029, manakala nilai jualan sebanyak RM165 juta dicatatkan pada tahun 2013 dengan purata pendapatan per usahawan per bulan ialah RM6,217.

    Peningkatan jumlah usahawan dicatatkan sepanjang pelaksanaan program ini dimana bilangan usahawan dicatatkan meningkat daripada 518 orang pada tahun 2011 kepada 720 orang pada tahun 2014.

    Bantuan dan insentif mesin dan peralatan di samping peningkatan nilai modal insan menerusi penganjuran seminar dan kursus-kursus yang dijalankan dilihat antara faktor yang mempengaruhi peningkatan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.