Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

283) INDUSTRI BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri memfokuskan kawasan di Science Park 2 (SSP2), Sepang sebagai perintis bagi menggalakkan pelaburan sektor perindustrian yang berasaskan teknologi hijau. Apakah pencapaian setakat ini pelaburan teknologi hijau di kawasan tersebut?

    Bagi menyokong industri teknologi hijau, PKNS telah menerapkan konsep mesra alam atau ’Eco-Friendly’ dalam perancangan pembangunan yang berorientasikan teknologi hijau yang tidak memberi impak besar kepada kesan alam

     

    Hanwa Q-Cells yang merupakan sebuah syarikat pengeluar komponen panel solar bertaraf antarabangsa adalah syarikat pelabur asing berasaskan teknologi hijau pertama yang membuka pusat operasi di Taman Sains Selangor 2, Sepang.

     

    Dengan anggaran nilai pelaburan mencecah RM5.0 bilion dalam tempoh 5 tahun, Hanwa Q-Cells dijangka akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing lain sama ada dari industri yang sama atau berlainan untuk melabur di Taman Sains Selangor 2.

Lampiran

Tiada Lampiran.