Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

155) INDUSTRI HALAL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dengan industri halal yang sedang berkembang hebat mutakhir ini, apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk antisipasi dalam menyediakan tenaga mahir seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan melalui latihan yang diberikan kepada rakyat Negeri Selangor terutamanya golongan belia?

    Pada tahun 2018 Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Halal Executive di bawah Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) untuk pelajar di Jordan, Republik Arab Mesir dan Maghribi bagi memenuhi permintaan pasaran kerjaya sebagai Eksekutif Halal di industri. Inisiatif ini bagi mempersiapkan sumber tenaga manusia yang mempunyai kemahiran khusus ikhtisas berkaitan bidang halal bagi memenuhi industri halal di Negeri Selangor yang berkembang pesat.

     

    Untuk meneruskan usaha menyediakan tenaga mahir dalam industri halal Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa program latihan seperti program latihan belia untuk lepas sekolah sebagai Halal Operator di industri. Melalui program ini peserta akan diberi pendedahan mengenai prosedur dan tanggugjawab sebagai halal operator di industri. Oleh itu, dengan usaha ini Kerajaan Negeri berharap ia akan membantu pertumbuhan industri halal di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.