INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

41) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan peruntukkan kewangan yang diluluskan untuk membangunkan dan mempergiatkan industri kecil dan sederhana (IKS) setakat Jun 2011.

    Peruntukan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) terbahagi kepada peruntukan untuk program – program seperti, promosi, kursus dan latihan bantuan dana dan projek – projek pembangunan sehingga Jun 2011. Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi membangunkan dan mempergiatkan (IKS) adalah seperti berikut;

    1. Penyertaan Pameran / seminar dan promosi produk – RM97ribu
    2. Kursus dan latihan – RM61ribu
    3. Membina Bangunan Pusat Pengumpulan Produk IKS Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Lot 18 Kampung Kanchong Darat Kuala Langat – RM500 ribu.
    4. Membina Pusat Pengumpulan Produk IKS Di Kampung Jawa Batu 18 Hulu Langat – RM150 ribu.
    5. Mereka Bentuk Papan Tanda Promosi Produk-Produk IKS Di Hulu Langat RM26 ribu.
    6. Kerja-Kerja Membina Membina Dan Menyiapkan Kios IKS Di Kampung Parit 7 Sekinchan – RM350 ribu.
    7. Pembangunan Pusat Ekonomi Desa Di Kampung Olak Lempik Daerah Kuala Langat – RM300 ribu.

Lampiran

Tiada Lampiran.